“Eh Tersayang Pula” – Dulu Ayah Angkat Sekarang Sah Jadi Suami [Video]

Sejak semalam tular di TikTok perkongsian seorang wanita yang berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Zaini Ramli walaupun jarak umur hampir 21 tahun.

Mula dimuat naik oleh empunya badan, Amira Hanim di akaun TikTok @mirazaini_adha pada Sabtu (3 September), kisah pasangan ini kemudiannya mula tular selepas tersenarai di ruangan For Your Page (FYP).

Anggap ayah angkat kerana sebaya dengan ayah kandung

Apa yang menarik perhatian orang ramai apabila wanita berusia 25 tahun ini mendedahkan yang suaminya itu suatu masa dahulu pernah bergelar ayah angkatnya.

Difahamkan, mereka mula berkenalan sejak setahun lalu ketika bertugas di tempat kerja yang sama. Disebabkan usia suaminya sama dengan ayah kandungnya, wanita ini kemudian mula menjadikan si suami sebagai ayah angkat.

Namun perasaan kasih sayang mula terbit hingga mereka akhirnya sah disatukan sebagai suami isteri.

“Benarlah kata orang kalau dah jodoh kan. Apa-apa pun suami aku ni ex ayah angkat aku tau.

“Tiba-tiba pula rasa sayang. Tak salah bukan mencuba, tup-tup dah jadi jodoh saya,” tulis Amira di ruangan kapsyen.

@mamaadha97

benar lah kata orang..kalau dah jodoh kan..btw suami aku ni ex ayah angkat aku tau..tiber lak rasa sayang..tak salah kan mencuba, tup² dah jadi jodoh aku..😁😁 kalau dah jodoh tak kemana..i love u en.Zaini Ramli. 🥰🥰#fypシ #suamiyangsah #exayahangkat #takfyp #nikah #taipingbandarwarisan❤️

♬ Bunga Rampai – Zaleha Hamid

Menerusi beberapa lagi muatnaik, Amira turut berkongsi video sewaktu majlis pernikahan mereka yang dipercayai berlangsung di Taiping, Perak pada Ogos lalu.

@mamaadha97

alhamdulillah selesai semalam..🥰🥰🥰tq pada emak,pakcik,adik² sepupu yang tolong siapkan aku semalam..sayang hangpa..pada encik suami..sayang abg lebih dari segalanya2..😚😚😍 #sayangsuamiku #barunikah #nikah #loveyou

♬ sonido original – ✨Bollywood Songs✨
@mamaadha97

dua kali gak lah lafaz😅..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar😁😊🥰 ..tok kadi dari start nak mula majlis sampai kesudah dok buat lawak😂😂 aku dok tahan gelak je..😆 #taipingbandarwarisan❤️ #taipingbandarwarisan❤️ #taiping

♬ bunyi asal – mirazaini_adha – mirazaini_adha

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

21 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago