“Rasa CEO Ni Perlukan Isteri” – Iklan Jawatan Kosong Cari Pembantu Peribadi Dah Macam Cari ‘Nanny’

Pekerjaan merupakan satu keperluan buat setiap manusia untuk meneruskan kehidupan.

Namun, pada masa kini mencari kerja bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, ada yang menggunakan beberapa aplikasi atau laman sesawang tertentu untuk mencari kerja berdasarkan kelayakan yang dimiliki oleh mereka.

Iklan pekerjaan cari pembantu peribadi (PA) tapi seperti cari penjaga

Baru-baru ini, tular di Twitter satu ciapan dikongsikan oleh Sharifah Hani Yasmin yang juga merupakan pengasas One Step Closer, agensi cari kerja berkenaan satu tangkap layar iklan pekerjaan yang mencari pembantu peribadi (PA).

Menerusi ciapan tersebut, dia bertanyakan adakah iklan pekerjaan itu mahu mencari pembantu peribadi atau seorang penjaga dan meminta agar ia dijelaskan.

Berdasarkan iklan jawatan kosong itu, ia mencari pembantu peribadi kepada seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat aset digital yang beroperasi di Malaysia.

Mempunyai tugasan peribadi khas

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah senarai tugasan yang perlu dipikul pembantu peribadi itu di mana individu berkenaan bukan sahaja perlu melaksanakan tugas sebagai pembantu peribadi malah mengurusan hal peribadi CEO terbabit pada setiap hari.

Antara senarai tugasan yang perlu disiapkan adalah seperti menyediakan 3 hidangan makanan mengikut keperluan diet tertentu pada setiap hari, menyusun jadual senaman, memastikan vitamin dan suplemen tambahan diambil setiap hari serta banyak lagi.

Bukan itu sahaja, syarikat berkenaan turut menyatakan pemohon perlulah berkebolehan untuk mengembara bersama CEO berkenaan secara kerap seperti ke sesebuah negara atau bandar serta hendaklah tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.

Foto: Twitter Sharifah Hani Yasmin

Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun

Selain itu, pemohon juga perlu mengendalikan beberapa tugasan ‘ad-hoc’ seperti pembantu rumah sekiranya diperlukan dan memberikan syarat calon hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun sebagai seorang pembantu peribadi.

“Disebabkan kerap mengembara, adalah disarankan kepada calon untuk tidak mempunyai keluarga atau komitmen peribadi.

“Boleh mengendalikan ‘ad-hoc’ dan tugasan pembantu rumah sekiranya di perlukan dan dua tahun pengalaman sebagai pembantu peribadi,” tulisnya di dalam iklan itu.

Menerusi balasan yang diterima Sharifah turut menjelaskan bahawa iklan jawatan itu adalah benar menerusi aplikasi iaitu LinkedIn.

Menurutnya, dia tidak mengetahui berapakah bayaran yang dijanjikan kepada pemohon namun menyarankan agar tidak menggalakan eksploitasi terhadap pekerja.

CEO mungkin memerlukan seorang isteri

Melihat di ruangan balas, rata-rata orang ramai merasakan CEO tersebut mungkin memerlukan seorang isteri dan ada juga yang menyatakan sekiranya calon dibayar dengan gaji yang mahal tetapi pasti ia tidak mempunyai masa kerana terikat dengan komitmen bersama majikan.

Malah ada juga yang mengaitkan iklan tersebut seperti dalam sebuah drama korea yang bertajuk What Wrong With Secretary Kim.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago