Dakwa Sudah 16 Kali ‘Dihamili’, Perkongsian Penyanyi ‘Begitu Sulit Lupakan Rehan’ Buat Ramai Bingung [Video]

Sejak kebelakangan ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai lagu ‘Begitu Sulit Lupakan Rehan’ yang popular selepas dinyanyikan dan dimuat naik oleh seorang wanita dari Indonesia, Intan Lembata Bunting.

Mula menjadi fenomena di negara seberang, ia kemudiannya turut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia termasuklah golongan selebriti di TikTok hingga ada yang mengakui bait lirik dan nyanyian wanita itu terngiang-ngiang di telinga.

@binirehan1

♬ suara asli – Powerengers bunting – Intan Lembata bunting

Disebabkan populariti lagu itu juga, Intan Lembata Bunting telah dijemput menjadi tetamu jemputan bagi satu program sembang bagi menceritakan bagaimana lagu itu terhasil dan kisah di sebaliknya hingga ia menjadi fenomena dan gurauan di kalangan pengguna media sosial.

Menurut Intan, dia sudah mengenali ‘Rehan’ sejak setahun yang lalu di mana pertemuan pertama mereka adalah ‘di dalam mimpi wanita’ itu selepas dia terlelap di bawah sebatang pokok ketika sedang menanam jagung.

Mereka kemudiannya menjadikan hutan sebagai lokasi kegemaran untuk bertemu.

@_podcastindonesia 19.57 #podcast #intanlembata #raihan #anggacandra #viral ♬ suara asli – Powerengers bunting – Intan Lembata bunting

Jagung jadi saksi pertemuan mereka

Tambah wanita ini, jagung di hutan itu telah menjadi saksi kepada pertemuan pertama mereka. Selain itu, dia juga mendakwa ada bermimpi yang dia sudah bernikah dengan lelaki tersebut.

Mungkin hairan dengan jalan cerita tersebut, penyanyi, Angga Candra yang merupakan hos program Tanya Aku Dong itu kemudiannya bertanya adakah Rehan itu benar-benar wujud atau sebaliknya.

“Percintaan yang ada tapi tidak ada. Cinta itu bagi aku benar tapi bagi orang lain tidak.”

Dakwa sudah dihamili 16 kali

Lebih membingungkan apabila Intan mendakwa dia sudah 16 kali mengandungkan anak Rehan. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya orang ramai bagaimana pertemuan yang baru berlangsung selama satu tahun lebih itu mampu membuatkan wanita ini mengandung sehingga 16 kali.

Dia bagaimanapun menjelaskan apa yang berlaku itu hanyalah di alam halusinasi dan bukan di dunia nyata.

Jawapan yang diberikan membuatkan ada pengguna media sosial menjadi bingung serta gerun dan ada juga yang merasakan ia hanyalah satu gurauan kerana kisah ini sudah melibatkan alam halusinasi dan dunia mimpi.

Berikut antara komen yang diberikan netizen :

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago