Dipercayai Kerana Hutang, Ahli Perniagaan Diculik Guna Vellfire Sebelum Dibebaskan Di Klang [Video]

Sejak Jumaat pagi (30 Sept), berlegar di media sosial beberapa video memaparkan satu insiden penculikan seorang lelaki di Pandan Indah, Selangor.

Menerusi video pertama, beberapa lelaki dilihat mengerumuni mangsa sebelum memukul dan memaksanya masuk ke dalam sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna putih.

Di dalam video kedua pula, beberapa penungang motosikal dilihat cuba mengejar MPV berkenaan namun cubaan mereka untuk menghentikannya tidak berhasil.

Mangsa sudah dibebaskan di Klang

Terbaharu, The Star melaporkan, mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 48 tahun sudah pun pun dibebaskan pada hari sama sebelum tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sekitar jam 10.45 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian berlaku pada jam 5.03 petang, Khamis (29 Sept).

Ketika kejadian mangsa sedang berjalan seorang diri untuk makan di sebuah restoran sebelum didatangi beberapa lelaki.

“Mangsa dipaksa masuk ke dalam Vellfire dan cuba menjerit meminta tolong tetapi tidak berjaya,” katanya kepada The Star.

Mungkin berpunca dari hutang, mangsa kini dirawat di Hospital Ampang

Tambah beliau lagi, insiden tersebut menyebabkan lelaki berkenaan cedera di beberapa bahagian badan dan dipercayai berpunca akibat masalah hutang.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki. Dia kini dirawat di Hospital Ampang. Kami percaya kejadian itu berlaku akibat hutang yang tertunggak.

“Kejadian itu telah tular di WhatsApp dan laman sosial. Kami masih mengesan suspek yang terlibat dalam penculikan itu,” katanya lagi.

ACP Mohamad Farouk turut berterima kasih kepada orang awam yang cuba membantu mangsa semasa kejadian.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pinjaman dengan mana-mana pihak yang tidak berlesen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan mana-mana orang dengan niat hendak menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

5 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

7 hours ago