Masih Ada Yang Keliru, Ini Jumlah Gaji Bulanan Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan

Umum pasti mengetahui, cukai pendapatan atau income tax merupakan salah satu daripada sumber kewangan utama kerajaan dalam membiayai polisi pembangunan negara selain perkhidmatan kepada rakyat.

Namun bila bercerita tentang sistem cukai pendapatan, pasti ada di kalangan anda yang mula berkerut dahi kerana memikirkan adakah perlu untuk mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Mungkin isu ini bukanlah satu perkara besar buat mereka yang sudah lama berurusan dengan LHDN, namun ia tampak merumitkan buat mereka yang belum pernah membayar cukai pendapatan antaranya :

  1. Fresh graduates yang baru memasuki alam pekerjaan.
  2. Individu yang baru menerima kenaikan gaji dan tiada fail cukai pendapatan.
  3. Individu yang baru sahaja memulakan perniagaan.

Yelah, bukan semua orang tahu apa kriteria yang mewajibkan seseorang individu untuk membayar cukai pendapatan dan berapa jumlah gaji dan upah yang diterima mereka yang melayakkannya untuk dikenakan cukai bukan?

Jadi bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan taraf gaji kelayakan cukai pendapatan yang diterbitkan LHDN di laman sesawang mereka.

Siapa yang layak dikenakan cukai pendapatan?

Sebelum tahun 2010, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 atau RM2,125 setiap bulan (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Ia kemudian dinaikkan kepada RM26,501, diikuti RM30,667 (2013), dan akhirnya ditetapkan kepada RM34,000 pada 2015.

Ini bermakna mulai 2015, mereka yang menerima gaji melebihi RM2,833.33 setiap bulan (selepas potongan KWSP) wajib untuk mendaftar fail cukai seperti yang dimaklumkan LHDN.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Jadi apa yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai

Sekiranya layak, anda boleh melakukan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan di cawangan LHDN yang berhampiran.

Selain itu anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/ Slip Gaji terkini
  • Satu salinan kad pengenalan/ kad pengenalan polis/ kad pengenalan tentera/ pasport antarabangsa
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada)

Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing

Jika anda seorang warganegara asing yang berkerja di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.

Apa itu Skop Pengenaan Cukai?

Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.

Bila perlu kemukakan borang BNCP?

Sekadar info, sebagai pembayar cukai, anda perlu mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing :

  • Sebelum atau pada 30 April bagi Individu tidak menjalankan perniagaan.
  • Sebelum atau pada 30 Jun bagi Individu menjalankan perniagaan.

Namun terdapat pelanjutan temopoh yang diberikan kerajaan sebelum ini iaitu pada tahun 2020 dan 2021 ekoran dari penularan wabak Covid-19.

Pelepasan cukai

Buat pembayar cukai, terdapat pelepasam cukai yang akan diberikan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan golongan pembayar cukai.

Pelepasan cukai dan potongan ini bagaimanapun berbeza-beza mengikut tahun taksiran semasa. Sebagai contoh bagi tahun 2022 (taksiran 2021) ada beberapa pelepasan tambahan yang diberikan kerajaan.

Sebagai contoh rujuk jadual jenis potongan bagi taksiran 2021 yang diterbitkan LHDN di bawah :

Bahagian ini akan dikemaskini sebaik sahaja kami mendapat jadual baru bagi taksiran 2022 yang akan diterbitkan LHDN dalam masa terdekat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

5 mins ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

1 hour ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

2 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

3 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

3 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

19 hours ago