“Jangan Normalise Wedding Luar Kemampuan” – Wanita Ada Degree Tak Kisah Hantaran Kahwin RM7K Raih Pujian

Saban hari, terdapat banyak berita mengenai wanita yang meminta wang hantaran yang tinggi dek kerana status pendidikannya yang juga tinggi.

Terkadang permintaan yang tinggi itu terpaksa diminta kerana desakan keluarga dan bukannya daripada diri sendiri.

Namun tidak dinafikan, masih ada segelintir wanita yang tidak ingin membebankan bakal suaminya dengan meletakkan wang hantaran yang tinggi, malah keputusan itu juga difahami oleh ahli keluarga yang lain.

Wanita ada ijazah tak kisah terima hantaran rendah

Begitulah yang dilakukan seorang wanita ini apabila tular di media sosial mengenai kisahnya yang memiliki ijazah namun tidak kisah menerima wang hantaran yang rendah.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok akaun @aidaneusofff, wanita dikenali sebagai Nadia itu tidak mahu urusan perkahwinannya itu terikat dengan bebanan hutang.

Dalam video sama, Nadia turut berkongsi mengenai majlis pernikahannya yang tidak menelan kos yang mahal serta mudah diuruskan.

Wang hantarann RM7,000, mas kahwin bernilai RM22,50

Difahamkan, jumlah wang hantaran yang diterima hanyalah RM7,000 berserta mas kahwin bernilai RM22.50 mengikut negerinya bermastautin.

Nadia pada masa yang sama turut berkongsi momen sewaktu merisik di mana dia hanya meminjam cincin ibu mertuanya sebelum memulangkannya semula selepas majlis selesai.

Pinjam cincin mak mertua ketika majlis merisik

“Merisik. Takda pelamin, cincin pinjam bakal mak mertua (pulangkan balik) sebagai tanda,” tulisnya dalam video.

Menurutnya lagi, pernikahan dilakukan di pejabat agama kerana lebih senang jika dibandingkan di masjid yang perlu memohon dibanyak tempat mengikut kekosongan yang ada.

“Nikah di pejabat agama sebab senang, tak payah apply (mohon) banyak tempat kalau nak nikah masjid.

“Jangan ikut cakap orang. Tak semestinya kalau ada degree, hantaran atleast (sekurang-kurangnya) RM10k. Ikut kemampuan kita, sebab yang penting kehidupan selepas nikah,” tulisnya lagi.

Jangan biasakan diri berkahwin diluar kemampuan agar tidak dibebani hutang

Di akhir video, Nadia turut menasihati orang ramai agar tidak membiasakan diri dengan mengadakan majlis di luar kemampuan diri agar kelak tidak dibebani hutang yang mampu menjejaskan rumah tangga.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan wanita itu yang tidak kisah menerima wang hantaran sedikit sedangkan dirinya mempunyai segulung ijazah.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago