Sukan Bola Sepak Ada Kaitan Dengan Kisah Kematian Saidina Hussain? Ini Penjelasan Sebenar

Permainan bola sepak merupakan salah satu sukan yang terkenal sehingga menjadikannya sukan nombor 1 di peringkat dunia.

Bukan sahaja diminati kaum lelaki malahan bola sepak turut mempunyai peminat dan pengikut di kalangan kaum wanita.

Dakwa permainan bola sepak mempunyai kaitan dengan kepala Saidina Hussain

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial apabila terdapat seorang pengguna yang mendakwa asal usul permainan terkenal tersebut mempunyai kaitan dengan peristiwa kepala cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hussain dipenggal.

“Asal usul bola sepak bermula dari kepala Saidina Hussain cucu baginda Rasulullah SAW dipenggal dan dijadikan bola sepak selama 20 hari di hadapan para ulama ketika itu. Allahu Akbar,” tulis individu tersebut di dalam hantarannya.

Perkara ini, ternyata telah menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai iaitu adakah benar permainan tersebut berasal dari peristiwa itu?

Jelaskan ia permainan bola sepak tidak ada kaitan dengan peristiwa Saidina Hussain

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh The Patriots di Twitter rasminya, mereka menjelaskan hal ini adalah tidak betul sama sekali di mana peristiwa tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan sukan berkenaan.

“Bola sepak dan juga kepala Saidina Hussain dipenggal oleh Umaiyyah tidak ada kena mengena sebenarnya. Sejarah bola sepak dapat dijejak sejauh sehingga ke zaman Dinasti Qin (221-206 SM) di China apabila wujud permainan yang dikenali sebagai Cuju.

“Ini melibatkan sukan menendang bola untuk masuk ke jaring yang dah disediakan. Akhirnya sukan ini masuk ke wilayah seperti Korea dan Jepun dan menginspirasikan bola sepak versi mereka tersendiri seperti Kemari untuk Jepun,” ciapnya.

Bukan hanya tamadun China, terdapat juga tamadun lain yang turut memainkan permainan seperti bola sepak

Menurutnya, bukan sahaja tamadun China, malahan tamadun-tamadun lain turut melakukan permainan yang boleh dikatakan permulaan kepada sukan bola sepak. Sebagai contoh permainan Ulama atau dipanggil Ōllamaliztli.

Namun permainan ini mempunyai pelbagai versi yang diamalkan oleh pembina semasa tamadun Mesoamerika seperti Aztec dan Maya. Malah permainan pada tamadun ini ketika itu turut diiringi dengan ritual pengorbanan yang juga adat biasa bagi tamadun Mesoamerika ini.

“Ada banyak jenis permainan bola sepak yang dimainkan. Yang paling popular ialah melibatkan dua pasukan yang berusaha nak masukkan bola masuk ke dalam relung yang berada di atas kepala mereka menggunakan kaki dan juga pinggul.

“Usia sukan ini paling awal dapat dijejak berdasarkan bukti arkeologi ialah sekitar 1400 SM apabila para pengkaji menemui bola-bola getah di tapak-tapak peradaban mereka,” katanya lagi.

Sukan bola sepak sudah dijejaki lebih awal sebelum wafatnya Saidina Hussain

Jelasnya, ketika Saidina Hussien wafat kira-kira 680 masihi, sukan seperti bola sepak moden ini sudah dapat dijejaki 1000 tahun lebih awal sebelum kepalanya dipenggal.

Malah dalam sejarah bukan kepala Saidina Hussain sahaja yang dipenggal, terdapat beratus kepala yang menjadi mangsa hayunan pedang, kapak, guillotine serta banyak lagi senjata lain yang digunakan untuk memancung.

“Kalau hanya kerana kepala dipenggal boleh dijadikan hujah bahawa asal-usul sukan bola sepak daripadanya, pastinya lebih kuat lagi dikaitkan dengan Revolusi Perancis.

“Kerana ketika itu ada satu fasa yang dipanggil sebagai Reign of Terror (5 September 1793 – 28 Julai 1794 Masihi) di mana 17,000 kepala dipancung dan mati di Guilotine sahaja kerana dianggap musuh kepada revolusi.

“Nama-nama yang dibawa untuk dipisahkan daripada badan termasuklah pemimpin revolusi itu dulu seperti Danton, Saint-Just dan Maximillien Robespierre,” ulasnya lagi.

Oleh itu, dengan hanya kerana Saidina Hussien pernah dipenggal dalam sejarah ia tidak menjadikan permainan tersebut berasal dari peristiwa itu.

Kredit foto: Freepik / Pexels

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago