Lelaki Terharu Hingga Menitis Air Mata, Rakan Hadiahkan Komputer Untuk Kegunaan Masuk Universiti [Video]

Melanjutkan pelajaran ke menara gading merupakan salah satu impian hampir setiap orang. Apatah lagi individu yang mendapat peluang itu merupakan sahabat kita.

Sebagai seorang rakan sudah pasti kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan memberikan sokongan kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bagi melanjutkan pelajaran.

Menangis terharu hingga undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Farhan.n.n, yang memaparkan reaksi salah seorang sahabatnya yang menangis kerana terharu sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang duduk berbual di sebuah kedai makan.

Tidak lama kemudian datang seorang rakan membawa satu beg yang dipercayai berisi sebuah komputer riba.

@5cammers

thanks semua & all the best bro kat tempat baru

♬ original sound – FARHAN.N.N – FARHAN.N.N

Beri hadiah komputer riba pada kawan yang nak sambung belajar

Lelaki itu kemudian menyerahkan komputer tersebut kepada rakannya yang bernama Nazrul dan menyatakan ia adalah hadiah daripada mereka semua untuknya yang akan melanjutkan pelajara di sebuah universiti.

Jelas Farhan, komputer tersebut adalah hasil daripada kutipan setiap daripada mereka untuk sahabatnya itu.

Katanya, Nazrul bukanlah di kalangan orang yang senang namun sikapnya yang sentiasa membantu rakan-rakan lain membuatkan mereka ingin membalas jasa baiknya.

“Hasil kutipan sikit-sikit dari semua dapatlah beli hadiah yang tak seberapa ni. Dia bukan orang senang, tapi dia sentiasa senang untuk tolong kami semua.

“Dua tiga hari lepas dompet dia hilang, jadi kami sepakat belikan ini (komputer riba),” kata Farhan sambil menunjukkan Nazrul yang menangis kerana terharu dengan pemberian tersebut.

Berjaya kutip RM1,600 untuk beli komputer riba

Turut kedengaran di dalam video tersebut salah seorang daripada rakan mereka itu memaklumkan dia hanya dapat mengutip sebanyak RM1,600 sahaja untuk membeli komputer tersebut.

“Hang selalu tolong orang, jadi orang ingatlah benda-benda macam tu,” kata salah seorang daripada rakannya itu.

Awalnya nak beli telefon tapi hajat tak kesampaian

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, Farhan turut memaklumkan pada awalnya Nazrul telah memberitahu mereka bahawa dia mendapat tawaran belajar di Unisza.

Nazrul kemudian meminta Farhan untuk menemannya membeli telefon bimbit baharu sebelum dia menyambung pelajaran di universiti tersebut.

“Saja nak bagitahu aku dapat Unisza, mak aku, mak sedara semua macam nak suruh aku belajar.

“Sebab mereka rasa aku ni macam boleh ubah nasib keluarga,” kata Nazrul.

Namun nasib tidak menyebelahinya apabila dompetnya hilang, sebagai sahabat mereka kemudian mengumpul wang sumbangan untuk Nazrul.

Hasil dari kutipan tersebut Farhan kemudian pergi ke kedai komputer untuk membeli komputer riba untuk dihadiahkan kepada Nazrul.

@5cammers

Replying to @shimmyyyyyy just thanks to all of you

♬ Takkan Berubah – Feby

Suka bantu kawan, Nazrul tak dapat tahan sebak

Semasa komputer riba itu diberikan mereka turut menyampai pesanan dari salah seorang yang memberikan sumbangan berkenaan dan menyatakan dahulu Nazrul selalu membantunya dan kini tiba masa untuk dia membalas jasanya kembali.

Mendengar pesanan itu, Nazrul tidak dapat menahan sebaknya lalu terus mengalirkan air mata.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut sebak dengan pengorbanan dan keakraban mereka. Ramai yang turut mendoakan agar pemuda-pemuda ini dimurahkan rezeki.

“Wah laptop (komputer riba), besar hadiah ni.. sangat berguna”

“Saya tak nangis, air mata keluar tiba-tiba”

“Korang sahabat yang hebat, teruskan kejar cita-cita! Belajar baik-baik”

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

11 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

13 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

14 hours ago