Isu ‘Cicit’ Nabi: JAKIM Nafi Ada Keluar Kenyataan Namun Minta Orang Ramai Hati-Hati

Sejak kebelakangan ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai seorang lelaki, Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Kedatangan lelaki yang berasal dari Maghribi (Morocco) ini ke Malaysia mula menjadi sebutan selepas dia dilaporkan akan menyampaikan ceramah agama di enam buah negeri sebelum semua programnya dibatalkan kecuali di Pulau Pinang.

Difahamkan program-program berkenaan dibatalkan kerana kelewatan dalam permohonan tauliah.

Namun di sebalik penjelasan tersebut, tiada pencerahan mengenai statusnya sama ada benar pendakwah ini berketurunan Rasulullah seperti yang didakwanya.

Baca artikel berkaitan : Terlewat Mohon Tauliah Punca Program Pendakwah Didakwa Keturunan Nabi Muhammad Dibatalkan

Terbaharu hari ini (18 Oktober), tular ciapan seorang pengguna Twitter yang mendakwa lelaki berkenaan adalah seorang scammer.

Dia menerusi ciapan sama turut memuat naik satu kertas laporan yang menurutnya dikeluarkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Namun dalam ciapan seterusnya, dia mendakwa kenyataan itu bukanlah dari JAKIM sebaliknya dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

Laporan itu bukan sahaja mengatakan pelajar Asia Tenggara di Fes, Maghribi tidak mengetahui kewujudan Majelis Dar Muhammadiah yang diketuainya, malahan memaklumkan terdapat enam isu yang melibatkannya antaranya penipuan.

“Berdasarkan penilaian awal, beberapa isu dan kontroversi penama tersebut dan kalangan pelajar Asia Tenggara tidak mengetahui kewujudan Majelis World Muhhamdiah (Dar Muhammadiah) di Fes, Maghribi dan ia menjadi persoalan dan mencurigakan yang perlu diambil perhatian dan berhati-hati berkaitan penama tersebut,” tulis pada kenyataan yang tidak disertakan sebarang kepala surat mahu pun logo mana-mana Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN).

Ada 6 isu membabitkan dirinya

Di dalam laporan sama, enam kesalahan yang dikaitkan dengan individu ini ialah:

JAKIM tidak pernah keluar apa-apa kenyataan

Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan ada membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan.

Namun mereka meminta semua pihak untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas berhubung status pendakwah tersebut.

“Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan. Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut.

JAKIM

JAKIM percaya PBAN pantau program yang libatkan kehadirannya

JAKIM yang tampil menerusi satu jawapan balas di ruangan komen Facebook turut menjelaskan percaya PBAN dan pihak bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program yang melibatkan kehadirannya.

“Difahamkan beliau menghadiri beberapa program yang telah diatur di beberapa buah negeri.

“Jakim percaya pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program yang melibatkan kehadiran beliau,” kata jabatan itu lagi.

Terdahulu Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh meminta semua pihak agar menyemak terlebih dahulu kesahihan latar belakang mana-mana individu yang mendakwa mereka dari keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum menganjurkan satu-satu program.

Menurut beliau, langkah itu perlu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada umat Islam di negara ini.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

12 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

14 hours ago