Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Putuskan Cikgu Fadli Tak Bersalah

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan hari ini (18 Oktober) memutuskan aktivis dan guru Matematik terkenal, Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh didapati tidak bersalah berhubung beberapa pendedahannya mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.

Sehubungan itu beliau telah dibebaskan daripada tiga tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini, lapor Harian Metro.

Menerusi satu surat tular bertarikh 18 Oktober yang ditandatandangi Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Cikgu Fadli juga tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cikgu Fadli sahkan kesahihan surat

Kesahihan surat tersebut kemudiannya disahkan oleh Cikgu Fadli yang terperanjat apabila mendapati ianya dibocorkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan surat tersebut memandangkan ia adalah dokumen sulit.

“Adoi surat tu bocor pulak dah. Macam mana boleh bocor. Minta admin mana-mana page yang kongsikan surat tu untuk tarik balik surat tu ya. Ia sulit. Salah (jika) kongsi surat tu. Kongsi keputusan tidak mengapa, bukan surat. Terima kasih.”

Termaktub bawah akta kerahsiaan

“Kalian kongsi keputusan sudah la, surat tu sulit. Bawah akta kerahsiaan. Tak pasal-pasal korang kena saman dengan kerajaan saya tak tidak tahu.”

Terdahulu media melaporkan keputusan mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada Isnin (17 Oktober) akan dimaklumkan dan diserahkan kepada Cikgu Fadli pada hari ini.

Beliau sebelum ini mendedahkan bakal dikenakan tindakan tatatertib sama ada dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana berani menyuarakan beberapa kepincangan sistem pendidikan negara.

Pendedahan tersebut bukan sahaja mecuri tumpuan orang ramai malah turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Baca artikel berkaitan

Isu Surat Tatatertib Diterima Cikgu Fadli Salleh, KP Pendidikan Maklum Ia Bukan Satu Hukuman [Video]

Dr Radzi Jidin Ajak Berjumpa Selepas Cikgu Fadli Salleh Dakwa Bakal Dibuang Kerja

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

7 mins ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

2 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

3 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

5 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

5 hours ago