“Biar Dia B*d*h Sorang” – Suami Bengang Dengan Pemandu Yang Marah Kena Hon, Isteri Dipuji Netizen Berjaya Tenangkan Suami [Video]

Pelbagai jenis tingkah laku pengguna jalan raya terutamanya di Malaysia yang dapat dilihat selepas kewujudan teknologi kamera muka (dashcam) pada sesebuah kenderaan.

Antara sikap pengguna jalan raya yang kerap dilihat adalah membuat pusingan U (U-turn) di kawasan atau jalan yang tidak sepatutnya kerana ia mampu mengundang bahaya buat pengguna jalan yang lain serta salah di sisi undang-undang.

Pemandu buat U-turn dikawasan larangan pusingan U

Begitulah yang dihadapi lelaki ini apabila terpaksa memperlahankan kenderaannya akibat sikap pemandu yang melakukan pusingan U (u-turn) di kawasan yang dilarang.

Menerusi ciapan video dashcam yang dimuat naik di laman Twitter @isusemasaviral, kelihatan lelaki terbabit sedang memandu di atas jalan yang lurus semasa lampu isyarat berwarna hijau.

Secara tiba-tiba, kereta jenis Perodua Alza berwarna hitam melakukan U-turn di kawasan larangan pusingan U hingga menyebabkan lelaki terbabit terpaksa memperlahankan kenderaannya sambil membunyikan hon.

Pemandu kereta tersebut marah akibat di hon

Namun, tindakan lelaki itu membunyikan hon menyebabkan pemandu kereta terbabit berasa marah.

Lelaki terbabit yang bengang dengan sikap pemandu tersebut seakan ingin berhenti untuk memarahinya.

Isteri tenangkan suami agar tak bergaduh

Apa yang membanggakan, isteri lelaki terbabit yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cuba menenangkan suaminya agar tidak mengendahkan sikap pemandu Alza itu.

“Sayang jangan, biar sayang tak payah, tolong lah. Biar dia bdh sendiri saja, kita tak payah bdh,” kata wanita itu.

Mendengar nasihat isterinya itu, lelaki terbabit bertindak mengabaikan pemandu terbabit dan meneruskan perjalanannya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan yang dilakukan isterinya kerana menenangkan suami agar tidak berlaku sebarang pergaduhan yang tidak diingini.

Foto: Twitter/isusemasaviral
Foto: Twitter/isusemasaviral
Foto: Twitter/isusemasaviral
Foto: Twitter/isusemasaviral

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

23 mins ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

1 hour ago
  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

4 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

4 hours ago