Video Khairul Aming Beri Ucapan Dalam Bahasa Melayu Ketika Majlis TikTok Di Indonesia Buat Ramai Berbangga [Video]

Sebut sahaja tentang Khairul Aming, pasti anda sudah dapat membayangkan video masakannya yang sering membuatkan ramai terliur.

Malah influencer dan usahawan terkenal ini juga sering menjadi inspirasi orang ramai yang senang dengan sikap profesionalnya dalam apa jua keadaan yang mendatang.

Berucap guna Bahasa Malaysia di Majlis TikTok For You Stage

Terbaharu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila tular video ucapannya yang menggunakan Bahasa Melayu ketika menjadi wakil Malaysia bagi content creator di majlis TikTok For You Stage di Indonesia.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram dia ditanya apakah inspirasi yang membuatkan dirinya terus berjaya dalam membuat konten di media sosial.

Pengikut jadi inspirasi untuk terus berjaya buat konten

Jelasnya, sumber inspirasinya sudah semestinya datang dari komuniti pengikut di media sosial tersebut.

“Saya buat video memasak sudah 5 tahun ada yang menggunakan video itu untuk masak kepada keluarganya, ada pelajar yang guna video itu untuk masak di rumah sewa. Kita juga ada usahawan yang gunakan video untuk buat perniagaan di rumah.

“Jadi semua kisah ini memberi inspirasi kepada saya dan memberi kesedaran banyak nilai kita sebagai content creator boleh beri kepada masyarakat walaupun dengan video yang sepanjang satu minit sahaja.

“Jadi salam sayang daripada Malaysia, terima kasih semua,” katanya dalam ucapan itu.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Khairul Amin di atas kejayaan yang dicapai sebagai content creator.

Ramai yang turut menzahirkan rasa bangga dan memuji usaha usahawan Sambal Nyet itu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

‘Tak terikut Bahasa Indonesia… guna Bahasa Malaysia yang betul. Good job’

‘Bahasa teratur cakap pun lancar je… terbaik Khairul Aming’

“Terbaik. Tetap berbahasa Melayu Malaysia. Inspirasi anak muda di luar sana’

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

4 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

6 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

7 hours ago