Harga Tiket Penerbangan Menurun Sepanjang Tempoh PRU15

Sebelum ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai kenaikan harga tiket penerbangan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesa pihak berkaitan agar mengambil tindakan segera mengatasi isu tiket kapal terbang ini.

Harga tiket menurun sepanjang tempoh PRU15

Seakan peka dengan hal tersebut, harga tambang penerbangan domestik sepanjang tempoh PRU15 nanti menunjukkan penurunan sejak akhir-akhir ini.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, pemerhatian pihaknya pada 25 Oktober lalu mendapati kebanyakan tambang penerbangan sepanjang tempoh PRU15 menurun setelah mengalami kenaikan mendadak susulan pengumumam tarikh PRU15 sebelum ini.

Menurutnya, ia merangkumi semua syarikat penerbangan bagi laluan udara dalam semenanjung iaitu sekitar RM185 sehala, manakala purata tambang penerbangan bagi laluan udara di Sabah dan Sarawak ialah RM188.

Bagi tambang laluan udara antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pula, harga yang boleh diperolehi adalah sekitar RM296 sehala.

Syarikat penerbangan bagi promosi dan diskaun

“Pemerhatian suruhanjaya me­nunjukkan syarikat penerbangan memperkenalkan promosi dan melancarkan diskaun bagi tambang penerbangan bagi memudahkan orang ramai.

“Terdapat juga skim diskaun sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan khusus untuk pelajar dan ini dapat membantu pengundi muda untuk balik mengundi.

“Industri penerbangan sudah menunjukkan sokongan bagi memudahkan pengundi menunaikan kewajipan mereka tanpa beban tambang penerbangan yang tinggi,” katanya.

MAVCOM minta tambah kapasiti laluan udara

Menurutnya lagi, MAVCOM juga meminta syarikat penerbangan menambah kapasiti bagi laluan udara yang beroperasi semasa tempoh PRU15 untuk memastikan sejumlah penerbangan tersedia ke pelbagai destinasi domestik pada harga yang berpatutan.

Foto: malaymail

“Berdasarkan data yang dikemukakan kepada MAVCOM, se­mua syarikat penerbangan tempatan sudah membuat pe­rancangan untuk menambah pe­nerbangan sempena PRU15 bermula awal November 2022 menggunakan sumber yang sedia ada.

“Penerbangan tambahan yang dirancang termasuk 45 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke lokasi-lokasi terpilih di Semenanjung,” katanya lagi.

Tambah Saripuddin, sebanyak 30 penerbangan tambahan dirancang ke destinasi terpilih di Semenanjung khusus bagi penerbangan yang beroperasi dari Subang, manakala sebanyak 68 penerbangan tambahan dirancang untuk penerbangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago