“Niqab Is Not A Fashion” – Ramai Bengang, YouTuber Buat Konten ‘Rate & Review’ Perempuan Pakai Purdah [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video YouTube yang memperlihatkan sekumpulan anak muda menjadikan pakaian purdah sebagai fesyen untuk dinilai.

Foto: YouTube/Ammar Nazhan

Konten seolah mempermainkan pakaian purdah

Video berkenaan yang diambil dari YouTube Ammar Nazhan disifatkan netizen sebagai mempermainkan pemakaian purdah dalam kalangan wanita.

Malah, pemilik Twitter @kokoeroe juga tidak bersetuju untuk membiarkan para lelaki menilai dan menyemak pemakaian wanita yang berpurdah.

Wanita beraksi ala-ala fashion show, lelaki pula jadi juri

Perdasarkan video tersebut, YouTuber berkenaan pada mulanya beberapa wanita di dalam pasukannya untuk memakai purdah yang telah disediakan.

Selepas itu mereka diminta untuk berjalan masuk ke ruang tamu seorang demi seorang sambil disaksikan oleh beberapa rakan lelaki seolah-olah ianya satu persembahan fesyen (fashion show).

Penampilan mereka kemudiannya akan dinilai oleh YouTuber berkenaan dan juga rakan lelakinya yang lain.

Sedih, generasi kini semakin hilang akhlak

Seorang pengguna lain, Stephanie Adeline turut meluahkan rasa sedihnya apabila melihat generasi hari ini semakin hilang akhlak, adab dan tidak memahami sepenuhnya hukum agama.

Video penuh

Menjengah di ruangan komen YouTube Ammar pula, rata-rata pengguna media sosial menasihati YouTuber itu bahawa pemakaian purdah atau niqab bukanlah sesuatu fesyen yang boleh dijadikan konten.

Malah ada yang berkata tindakan sedemikian seolah-oleh memperlekehkan dan menjatuhkan kemuliaan pakaian para isteri-isteri Nabi Muhammad SAW.

“Niqab is not a fashion” – Netizen

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago