fbpx
Now Reading
Kes Buli Jalan Raya Di Ipoh, Nak Tunjuk Kuat Sekali Dia Yang Kecundang [Video]

Kes Buli Jalan Raya Di Ipoh, Nak Tunjuk Kuat Sekali Dia Yang Kecundang [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, punca kejadian berlaku akibat daripada pemandu kereta Honda City telah memandu di laluan yang bertentangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan pergaduhan di antara dua orang lelaki di atas jalan raya.

Video tersebut, dipercayai tersebar di aplikasi perbualan WhatsApp sebelum dimuat naik di pelbagai media sosial platform yang lain.

Kenyataan daripada PDRM

Susulan kejadian itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung apa yang berlaku.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Twitter PDRM, kejadian tersebut difahamkan berlaku pada Isnin lalu (7 November) di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya bin Hassan berkata, sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki telah melanggar kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang wanita berusia 52 tahun.

Punca kemalangan, pemandu Honda City lawan arus

Kata Yahaya, punca kejadian berlaku apabila pemandu kereta Honda City memandu di laluan yang bertentangan.

Menurutnya, semasa kejadian itu berlaku, ada juga beberapa orang awam yang melihat kemalangan tersebut tampil memberi bantuan kepada mangsa.

Pemandu serang orang awam kerana berang ditegur

“Namun, pemandu kereta Honda City tidak puas hati terhadap teguran daripada orang awam kerana dikatakan menyebabkan kemalangan jalan raya tersebut dan telah menyerang dan menumbuk salah seorang daripada orang awam yang hadir di tempat kejadian.”

Ketua Polis Daerah Ipoh,

Laporan diterima, suspek berjaya ditahan

Tambahnya, pihak polis telah menerima dua laporan daripada mangsa melibatkan kemalangan dan pergaduhan tersebut.

“Tindakan siasatan pantas pihak polis telah berjaya menghasilkan tangkapan suspek pemandu kereta Honda City yang berumur 47 tahun.”

Susulan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh dan disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan Dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.