Tular Penunggang Motosikal Ragut Handbag Dalam Kereta Myvi Masa Jalan Sesak [Video]

Kejadian ragut di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi, ia kerap terjadi di kawasan yang sunyi atau tempat yang gelap pada waktu malam.

Namun tidak kira di mana, kita haruslah sentiasa berwaspada dengan keadaan di sekeliling walapun ketika berada di kawasan terbuka dan ramai orang.

Wanita diragut ketika jalan raya sesak

Hal ini susulan tular satu rakaman yang menunjukkan seorang wanita yang diragut oleh penunggang motosikal ketika jalan raya sedang sesak.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok @alamwakaka, kelihatan seorang penunggang motosikal menghampiri kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru sebelum bertindak mengambil beg tangan penumpang hadapan kereta tersebut.

@alamwakaka

KASI SHARE BAGI ADIK BAWAK MOTO NI FEMES. Kalau boleh tag dia sekali. Tipu ah kalau dia takde tiktok. #fyp #xfoloxlayan #alamalisyachannel #xyzbca #fypシ

♬ original sound – Alam Wakaka – Alam Wakaka

“Kasi share (kongsi) bagi adik bawa moto ni famous, kalau boleh tag dia sekali. Tipu lah kalau dia takde TikTok,” tulisnya di kapsyen.

Tingkap kereta terbuka luas punca diragut

Berdasarkan video tersebut, tingkap kereta yang sedang terbuka luas dipercayai menjadi asbab kepada kes ragut itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi nasihat agar pemandu kereta tidak membuka tingkap yang luas ketika sedang memandu.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat lanjut yang diterima oleh kami.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago