‘Semoga Cepat Mati’ – Remaja Tak Tahan Bapa Panas Baran, Siap Pernah Kena Ludah Di Muka Masa Umur 7 Tahun

Kes keganasan rumah tangga bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara ini, bahkan ia turut berlaku di seluruh dunia.

Ia merupakan perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Namun terkadang anak-anak juga turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga ini.

Anak luah tak tahan sikap panas baran bapa

Seperti baru-baru ini, menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @ConfessTweetMY, seorang anak meluahkan perasan kecewa dan marahnya apabila mendapat layanan buruk sejak kecil dari seorang bapa yang mempunyai sikap panas baran.

Anak tersebut yang juga seorang pelajar universiti berkata, tiada suasana gelak di dalam rumah mereka setiap kali ada bapanya.

“Dia dari kecik sampailah besar, baran dia tak pernah ubah. Aku time kecil-kecil dulu memang selalu kena makan tangan dia,” luahnya.

Pernah dicampak dan diludah bapa ketika kecil

Lebih parah, dia juga pernah di campak oleh bapanya dan juga pernah diludah di bahagian muka ketika kecil dahulu.

“Aku pernah kena macam dia pusing 360 darjah nak campak aku macam superman. Umur tujuh tahun dulu aku pernah kena ludah kat muka dengan bapa aku,” luahnya lagi.

Anak malang itu yang kini sudah mencecah umur 22 tahun masih diperlakukan seperti dahulu apabila sering ditendang dan ditumbuk oleh bapanya.

Hanya dia seorang yang berani melawan bapanya apabila sudah besar

Menurutnya lagi, di dalam keluarganya hanya dia seorang sahaja yang berani melawan perlakuan buruk ayahnya.

“Aku ada 5 beradik, takda seorang pun berani lawan dia kecuali aku. Aku rasa umur aku dah cukup besar untuk dia cakap elok-elok.”

Remaja terbabit yang sudah tidak tahan dengan sikap bapanya itu juga berharap supaya dia boleh keluar daripada rumah tersebut.

Ibunya turut dimaki di depan anak-anak

Lebih menyedihkan, ibunya juga tidak terlepas dari menjadi mangsa maki hamun dan cacian oleh sang ayah yang mempunyai sikap panas baran.

“Aku harap sangat aku dapat keluar dari rumah ni, Mak aku pun aku kesian, dia setiap hari bapa aku maki. Depan adik-adik aku pun dia maki.”

Anak doa semoga tuhan cabut nyawa bapanya

Akibat perasaan tidak tahan diperlakukan sebegitu, remaja terbabit juga berdoa agar tuhan mencabut nyawa bapanya secepat mungkin

Di akhir perkongsian, remaja terbabit turut meminta orang ramai mendoakan urusan pembelajarannya berjalan dengan lancar agar dia boleh bekerja dan membela nasib keluarganya yang lain.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

16 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

16 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

16 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

16 hours ago