Tujuan BN Bergerak Solo Dalam PRU15 Hanya Untuk Bantu Anwar & PH, Kata Annuar Musa [Video]

Umum pasti mengetahui, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa antara calon heavyweight yang digugurkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bukan itu sahaja, BN khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga tetap dengan pendiriannya untuk bergerak solo berbanding bergabung bersama PAS yang sebelum ini merupakan sekutunya di dalam Muafakat Nasional (MN).

Meskipun keputusan itu mengejutkan banyak pihak malah menyebabkan UMNO kalah teruk pada PRU15, bekas Ahli Parlimen (MP) Ketereh itu masih tetap setia bersama partinya bahkan bersikap terbuka dengan keputusan Barisan Tertinggi BN.

Namun terbaharu Annuar menjadi perhatian apabila tampil menerusi satu video temubual ‘Apa Muslihat Zahid Hamidi’, mendakwa kepimpinan BN yang diterajui Zahid sebenarnya sudah lama merancang untuk bergerak secara solo dalam PRU15 agar mereka dapat mengangkat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini jelasnya jauh berbeza dengan naratif ‘No Anwar, No DAP’ yang sering dilaungkan kepimpinan BN di hadapan ahli biasanya dan orang ramai.

“Ahli parti masih lagi dengan ‘No Anwar No DAP’ sedangkan pimpinan sudah ada agenda lain yang sudah ‘meletup’ semalam (Gabungan PH-BN).

“Naratif yang diwujudkan adalah untuk meninggalkan strategi pasti menang kerana agenda peribadi nak buat ‘going solo’ maksudnya ke arah membantu PH dan Anwar.

“Formula itu adalah formula yang gagal dan akhirnya menjadi bencana,” dedah Annuar Musa.

Di dalam video sama, Annuar turut mendakwa ada di kalangan pemimpin UMNO yang cuba menimbulkan naratif agar ahli parti memerangi PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan menggunakan dakyah gabungan parti iaitu Perikatan Nasional (PN) mahu melenyapkan mereka.

“Bersatu dan PAS nak membunuh UMNO juga satu naratif yang direka untuk menghalalkan strategi solo,” katanya.

Semua ini menurut Annuar adalah mengarut memandangkan beliau adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk berundi bersama PAS dan Bersatu.

Malah beliau menegaskan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bersetuju untuk memberi lebih banyak kerusi kepada UMNO jika mereka bekerjasama.

“Kalau kata PAS atau Bersatu nak bunuh UMNO, saya masih ingat Muhyiddin kata mereka parti kecil jadi biarlah UMNO ambil kerusi paling banyak.

“Waktu berunding kita (UMNO) sasar 80 kerusi, nak beri Bersatu sehingga 40 kerusi dan PAS 30 kerusi. Jika formula ini dibuat, memang akan menang dua per tiga,” katanya lagi.

Rujuk video penuh di bawah bermula pada minit 8:45 :

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

17 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

19 hours ago