Dulu Ramai Tak Setuju Saya Join PH, Kini Sudah Berubah – Hans Isaac

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menjadi tunjang utama sistem demokrasi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas melalui perjuangan yang sangat panjang.

Menurut Hans, ketika awal perjuangannya bersama Pakatan Harapan (PH) ramai yang tidak bersetuju namun semuanya kini sudah berubah.

Hans berterima kasih pada rakyat Malaysia kerana beri mandat pada Anwar

“Pertama sekali, saya berterima kasih daripada Pakatan Harapan (PH) kepada semua pengundi yang membantu kami untuk memberi mandat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-10.

“Jauh perjalanan dan perjuangan. Ramai yang ‘tembak’ saya dan ramai yang cakap ‘apalah Hans kau buat ni’,” katanya menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya.

Pada masa sama, dia turut menyeru orang ramai untuk bekerjasama demi membangunkan negara serta mengetepikan kepentingan diri.

“Apa yang kami harapkan adalah satu unity” – Hans Isaac

“Apa yang kami harapkan adalah satu unity (perpaduan) walaupun unity kerajaan atau rakyat, tak kira. Niat saya kenapa saya buat benda ini adalah untuk satu Malaysia yang bersama.

“Saya tiada jawatan. Saya hanya ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Tapi, sebagai seorang ahli parti mewakili PH, saya akan berusaha untuk membantu meningkatkan apa yang boleh dalam negara kita.

“Apa-apa sahaja yang saya diminta buat untuk membaikkan negara, saya akan lakukannya. Kita perlukan satu Malaysia untuk membangunkan negara ini,” katanya lagi.

Hans pernah menang jawatan Ketua Cabang Ampang PKR, namun..

Sepanjang tempoh tiga tahun penglibatannya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hans pernah memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Julai 2022 selepas pemilihan kali kedua dijalankan dengan menewaskan pencabar terdekat Altimet.

Foto: Instagram/Hans Isaac

Bagaimanapun, beliau disahkan tewas kepada Altimet selepas kiraan semula dibuat menyebabkan dia pernah menuntut jawapan daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR berhubung keputusan Pemilihan PKR 2022 peringkat cabang Ampang itu.

Pernah berhasrat untuk jadi calon PRU15 tapi tak kesampaian

Untuk info, Hans dan Shahrol Shiro pernah berhasrat untuk menjadi calon parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun niat mereka tidak kesampaian.

Semangat pelakon filem ‘Baik punya cilok’ itu bagaimanapun tidak luntur apabila dia bersama dengan jentera parti saling membantu sepanjang tempoh kempen PRU15 lalu.

Foto: Instagram/Hans Isaac

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago