Baru Sahaja Anwar Ibrahim Dilantik PM Ke-10, Lelaki Ini Sudah Senaraikan Janji Yang Ditawarkan PH

Setelah beberapa hari akhirnya terjawab segala persoalan rakyat Malaysia apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PM) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai selepas pelbagai rundingan dilakukan untuk membentuk Kerajaan Persekutuna yang baharu.

Himpunkan janji yang ditawarkan PH jika menang dalam PRU15

Susulan dengan pengumuman tersebut, tular rantaian ciapan di Twitter oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai @ZackAvaricious yang menghimpunkan beberapa janji yang ditawarkan oleh PH.

Menerusi bebenang tersebut, Zack telah menyenaraikan lapan janji yang ditawarkan oleh PH sekiranya mereka berjaya memenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan.

Antara janji PH adalah:

  • Tiada tol di Lebuh Raya Utara Selatan
  • Datuk Seri Anwar janji gaji menteri akan dipotong
  • Anwar janji pulih ekonomi dengan pengaruh yang dimilikinya
  • Utamakan kenaikan gaji
  • 4 janji untuk Sabah dan Sarawak
  • Siasat perbelanjaan RM500 billion yang digunakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • 10 tawaran utama dalam manifesto
  • Tiada lagi ‘pembangunan terpilih’ jika PH menang

Perkongsian itu turut mengundang perhatian ramai apabila ada yang turut menyenaraikan beberapa lagi janji yang ditawarkan oleh parti tersebut.

Terdapat juga segelintir yang merasakan perlu untuk memberikan masa kepada PH dalam menunaikan janji tersebut kerana dibimbangi ia akan menjejaskan pelbagai sektor sekiranya dilunaskan dalam kadar segera.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

49 mins ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

2 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

3 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

3 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

20 hours ago