Polis Siasat Video Bendera Malaysia Dikibar Dengan Bendera Israel

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu klip video memperlihatkan sekumpulan individu di atas sebuah kapal menyanyikan lagu Negaraku sambil berdiri menghadap ke arah bendera Malaysia, yang dikibarkan bersama-sama bendera Israel.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood dalam satu kenyataan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan polis pada Selasa, 29 November sekitar jam 11.20 malam.

Menurut Ku Mashariman, pengadu memaklumkan dia melihat satu klip video berdurasi 47 saat berkaitan kejadian itu dalam kumpulan WhatsApp sebelum membuat laporan polis.

Video lama iaitu lawatan ke Tasik Galilee

“Hasil siasatan mendapati kejadian dalam klip video itu berlaku pada September lalu, ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel.

“Lawatan dibuat menerusi Ziarah Kembara yang dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan dan ketika lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan serta bendera Malaysia dikibarkan.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

“Ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan polis serta menggugat ketenteraman awam.

“Klip video itu dipercayai diviralkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang,” katanya.

Agensi pelancongan tampil beri penjelasan

Terdahulu tular di media sosial video berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pemilik video iaitu sebuah agensi pelancongan kemudiannya menjelaskan video tersebut adalah video lama yang sengaja disebarkan dan dimanipulasi oleh individu atau pihak tertentu untuk kepentingan masing-masing

Pihak syarikat turut menegaskan ianya telah lama dirakam dan bukan selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) seperti yang didakwa.

“Kami ingin membuat penafian. Video tersebut bukan diambil selepas PRU 15 yang lalu dan menegaskan video tersebut ialah video lama, diambil pada bulan Disember 2019 yang lepas. Ia tiada sebarang kaitan dengan Kerajaan Malaysia mahupun Israel sama ada kerajaan dahulu atau yang sekarang.

“Bagi mereka yang pernah mengikuti lawatan ke Palestin dan menaiki bot mengelilingi Tasik Galilee kebiasaannya akan melalui detik pengalaman yang serupa seperti mana yang telah kami lalui ketika itu.”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago