Kit Ujian Hidung Atau Air Liur? Anda Boleh Miliki Kedua-duanya Dengan Harga Murah Berbaloi!

Meskipun sudah lebih dua tahun sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, virus tersebut bagaimanapun dilihat masih belum berakhir sepenuhnya. Memandangkan musim cuti sekolah semakin hampir selain orang ramai semakin banyak berhimpun, ia mungkin boleh menjadi tempat pembiakan virus yang menjengkelkan ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan rakyat Malaysia untuk mengikuti kaedah TRIIS untuk melindungi diri dan mengawal penularan virus itu. Langkah pertama adalah melakukan ujian Covid-19. Dan seperti yang anda ketahui, kit ujian RTK-Ag kekal sebagai cara paling mudah untuk melakukan ujian ini.

Tapi ramai juga yang mempersoalkan tentang ketepatan kit ujian Covid-19 yang dijual di pasaran pada ketika ini. Berapa tepatkah ujian tersebut, sensitiviti dan sebagainya. Malah, ada juga merasakan ujian air liur (saliva) lebih disukai ramai daripada ujian hidung (nasal) jika mengikut keselesaan.

Jangan risau, sama ada anda ingin kit ujian air liur ataupun hidung, kedua-duanya boleh didapati di pasaran.

Persoalannya, mana nak dapat kit ujian kendiri paling murah di pasaran?

Kami meninjau di beberapa buah kedai untuk mencari di mana kami boleh mendapatkan Kit Ujian RTK termurah. Di bawah adalah perbandingan harga daripada lima peruncit utama di Malaysia:

Kami mendapati kebanyakan peruncit menjual Kit Ujian RTK COVID-19 pada julat harga RM2.50 hingga RM6.90.

Kredit: TRP/BuzzKini
Kredit: TRP/BuzzKini

Kami juga mendapati bahawa kit ujian kendiri sudah kehabisan stok di beberapa buah kedai.

Tapi jangan risau! Ada juga kedai yang mempunyai stok pada ketika ini dengan harga berbaloi serta mampu milik. Kami menemui Kit Ujian RTK termurah di kedai yang sentiasa menyimpan stok dan menjanjikan ‘Always Low Prices’!

MR. DIY ialah tempat yang tepat untuk mendapatkan RTK termurah di pasaran!

Pada hanya RM2.30 seunit di MR.DIY dan MR.TOY, dan RM3.00 seunit di kedai MR.DOLLAR di seluruh Semenanjung Malaysia, ia merupakan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 yang paling rendah di pasaran.

Di Timur Malaysia pula, setiap unit RTK berharga RM1.90 di MR.DIY dan MR.TOY, dan RM2.20 di kedai MR.DOLLAR.

Memang murah!

Kejap, bukan itu sahaja…

Terdapat juga promosi Mix & Match sekarang di MR.DIY Group yang memberikan anda harga lebih rendah.

Beli 5 kit ujian hidung (nasal) atau air liur (saliva) dengan hanya RM10 di kedai MR.DIY, MR.TOY dan MR.DOLLAR di Semenanjung Malaysia.

Credit: MR.DIY/MR.DOLLAR)

Promosi yang sama juga ditawarkan di seluruh kawasan Timur Malaysia yang mempunyai cawangan Mr DIY. Beli 5 kit ujian hidung (nasal) atau air liur (saliva) dengan promosi Mix & Match pada harga RM8 sahaja.

Credit: MR.DIY/MR.DOLLAR)

‘Stock Up’ selagi boleh!

Sebagai contoh, anda membeli 5 unit kit ujian paling murah berharga RM3.90 di Kedai A. Anda akan membayar total RM19.50, iaitu RM8 extra daripada 5 unit kit harga biasa di kedai MR.DIY.

Dengan promosi 5 untuk RM10 Mix & Match, anda masih boleh mendapat penjimatan tambahan RM1.50 dari kit ujian termurah di pasaran ini. Tak ke berbaloi tu?

Terdapat juga promosi eksklusif dalam talian apabila anda membeli kit ujian ini secara pukal menerusi kedai dalam talian MR.DIY.

Kekal selamat ketika musim cuti! Pergi ke kedai MR.DIY, MR.TOY dan MR.DOLLAR terdekat anda untuk ‘stock up’ kit ujian penting ini!

Atau, beli secara pukal dari kedai dalam talian MR.DIY! Tak perlu keluar rumah. Yang penting, bak kata orang tua-tua; Sediakan payung sebelum hujan!

NOTA KAKI: Jika anda masih tidak sihat, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan/hospital berdekatan dalam kadar segera.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

18 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago