“Kita Ni Perempuan Dah” – Sajat Maklum Akan Dikebumikan Sebagai Wanita Di Australia [Video]

Sebelum ini, tular isu usahawan kontroversi, Nur Sajat bersama dengan adiknya yang berperang mulut antara satu sama lain.

Perkara itu secara tidak langsung turut mendapat perhatian ramai termasuklah ibunya yang meminta agar kemelut tersebut dapat berakhir dengan baik.

Baca artikel berkaitan: Tak Mahu Anak ‘Putus Saudara’, Ibu Minta Sajat & Mustika Berbaik [Video]

Sajat maklum akan dikebumikan sebagai wanita di Australia

Terbaharu, usahawan itu sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila menyatakan dia akan mati dan dikebumikan sebagai seorang wanita di Australia.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang individu, Sajat yang ketika itu sedang membuat siaran langsung di TikTok ditanya apabila mati adakah dia dikebumikan sebagai lelaki?

Dia kemudian menjawab tidak, kerana kad pengenalan (IC) sebagai warganegara Australia telah ditetapkan wanita dan bukan lelaki.

@hazleemohd

@nursajat85 mmg x blh blah la. 🤣🤣😂😂

♬ bunyi asal – @butter_cup – @butter_cup

“Kita ni perempuan dah, dah IC kita perempuan. Semua orang tahu kita perempuan.

“Kita kebumikan bukan dekat Malaysia, dekat Australia. Korang ni cakap aku macam tak boleh fikir.

“Sajat dah duduk Australia dia pun dah jadi orang sana buka perniagaan di sana, takkan bila mati nak hantar dekat Malaysia memang tidaklah. Mati aku perempuan nyah, register mati tu female (wanita),” ujar usahawan itu.

Minta orang ramai terima bahawa jantinanya wanita

Dia kemudian meminta agar orang ramai untuk menerima sahaja jantinanya dan tidak perlu menukar kepada lelaki apabila dikebumikan kerana ia tidak akan terjadi.

Sajat lalu mengingatkan orang ramai sekali lagi bahawa dia bukan berada atau menetap di Malaysia.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Allah SWT memberikan hidayah kepada usahawan tersebut.

‘Dia lupa dia duduk dekat bumi yang Allah SWT cipta’

‘Semoga Allah SWT beri petunjuk dan hidayah pada dia’

‘Dekat mana lubang kubur kita hanya Allah SWT yang menentukan’

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago