Peminat Blackpink di seluruh negara sudah tentu tidak sabar untuk menanti kemunculan selebriti terkemuka global mereka di Malaysia pada tahun depan!
Untuk menambahkan lagi keseronokan, Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau dan penaja utama bagi konsert Blackpink World Tour [Born Pink] Kuala Lumpur (KL) akan memberikan peluang ekslusif kepada penggunanya untuk memenangi tiket bagi menyaksikan persembahan kumpulan penyanyi tersebut.
Peraduan ini ialah sebahagian daripada kempen Rewards 2 No End (Ganjaran Tiada Penghujung) Boost yang berlansung pada 8 Disember hingga 7 Januari 2023.
Kempen itu merupakan kejutan istimewa oleh Boost bagi menggembirakan lebih 10 juta penggunanya sempena musim cuti ini.
Sepanjang tempoh kempen ini berjalan, pengguna Boost berpeluang untuk menebus ganjaran RM2 Boostpink Wallet bagi menikmati diskaun sebanyak RM2 ketika membayar dengan Boost.
Ikuti langkah ini untuk menebus ganjaran RM2 anda:-
Untuk makluman penebusan RM2 Boostpink Wallet adalah terhad pada setiap hari. Oleh itu, pastikan anda membuka aplikasi berkenaan pada setiap jam 2 petang kerana itulah masanya ganjaran tersebut akan diperbaharui setiap hari sepanjang tempoh kempen.
Selepas ditebus, ganjaran adalah sah untuk digunakan pada hari yang sama sahaja. Ganjaran itu akan digunakan secara automatik bagi diskaun RM2 apabila membuat perbelanjaan minimum RM10 di mana-mana satu daripada lebih setengah juta peniaga Boost di seluruh negara.
Sebelum ini, album penuh kedua Blackpink berjudul [Born Pink] menduduki tempat pertama dalam Billboard Top 200 Album Sales. Projek skala besar ini, [Born Pink] menjadikan mereka kumpulan wanita k-pop pertama dalam sejarah untuk mencatatkan double million seller.
Dibawakan oleh YG Entertainment dan dipromosikan oleh Live Nation, [Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa] akan melancarkan jelajah ASIA terbesar dalam sejarah kumpulan K-Pop pada tahun depan dengan dua konsert berturut-turut pada 7 dan 8 Januari di National Stadium di Bangkok, dan kemudian akan singgah di banyak bandar raya lain termasuk Hong Kong, Riyadh, Abu Dhabi, Kuala Lumpur, Jakarta, Kaohsiung, Manila serta Singapura.
Untuk maklumat lanjut berhubung kempen Rewards 2 No End yang dianjurkan Boost, layari laman sesawang di https://myboost.app.link/Gw8r2L46wvb
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…