“Hebat Didikan Mak Ayah”- Ramai Puji Tindakan Pemain Badminton Salam Cium Tangan Juri Sebelum Bertanding [Video]

Adab merupakan suatu perkara yang sering dituntut di mana sahaja kita berada.

Malah mereka yang bersopan santun dan sentiasa menunjukkan adab yang baik sentiasa membuatkan orang yang berada di sekeliling berasa selesa.

Pemain badminton salam dan cium tangan pengadil curi tumpuan ramai

Perkara itu samalah seperti apa yang berlaku kepada dua pemain badminton negara ini sehingga ia menarik perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @mr.kacangpanjang, kelihatan dua orang pemain Malaysia iaitu Muhammad Haikal dan pasangan beregunya Nur Izzudin yang bersalaman dengan juri sebelum pertandingan dimulakan.

Namun apa yang lebih menarik perhatian apabila Muhammad Haikal turut dilihat tunduk dan mencium tangan juri tersebut sebagai tanda menghormati beliau sebagai salah seorang pengadil bagi pertandingan badminton Petronas Malaysia International Challenge.

@mr.kacangpanjang

Salam cium tangan tau. sopan sangat national player kita ni. apapun Tahniah menang Gold Medal Men’s Doubles #petronasmalaysiainternationalchallenge

♬ Lemak Manis – زم هوسقۏرنا🇲🇾

Menang emas bagi ketegori beregu lelaki

Bukan itu sahaja, pasangan beregu itu turut memenangi pingat emas bagi kategori beregu lelaki.

Perkongsian itu turut mendapat pujian dari orang ramai yang menyatakan Haikal seorang yang hebat bukan hanya kerana bakatnya dalam bermain tetapi adab dan sopan santunnya.

Malah ada juga yang turut memuji ibu bapanya kerana berjaya mendidik anak mereka untuk sentiasa menghormati orang.

Untuk maklumat, Haikal juga sebelum ini pernah bertanding di peringkat SUKMA 2022 bagi mewakili Kelantan bagi kategori beregu campuran dan Sukan Sea pada 2021 mewakili Malaysia.

‘Pertama kali jumpa dan lihat ni, apa-apa pun awak memang hebat adik’

‘Mak ayah dia didik dia dengan baik’

‘Terbaik anak muda macam ni… pasti disayangi seluruh dunia nanti’

‘Hebat didikan mak ayah.. Tahniah’

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago