“Bahaya Ni Dik Sakit Nanti”-Tindakan Lelaki Cicah Roti Dengan Air Banjir Undang Pelbagai Reaksi Netizen [Video]

Keadaan cuaca yang kurang baik dan hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini telah menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air.

Malah, apa yang lebih membimbangkan terdapat jalan di beberapa kawasan terpaksa ditutup kerana ditenggelami air seperti yang berlaku di Besut, Terengganu.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan selain tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mengundang bahaya kepada diri dalam berdepan dengan situasi banjir.

Baca artikel berkaitan: Banjir: Daerah Besut Lumpuh, Laluan Masuk Ditutup & Terputus Hubungan

Tular video lelaki cicah roti dengan air banjir undang tumpuan ramai

Terbaharu, tular satu video dikongsikan oleh Haziemi Haziz yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang sedang memakan roti ketika banjir sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki yang sedang memakan roti semasa berdepan dengan situasi banjir.

Namun, secara tiba-tiba salah seorang dari mereka telah bertindak mencelup rotinya ke dalam air banjir sebelum memasukkan makanan itu ke dalam mulut untuk dimakan.

Perkara itu turut diulangi oleh lelaki tersebut yang kemudian ketawa selepas melakukan aksi berkenaan.

Tindakan lelaki undang perhatian orang ramai

Video itu bagaimanapun, telah mengundang pelbagai reaksi dari kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya dan menyifatkan air banjir itu telah tercemar dan kotor.

‘Bahaya ni dik sakit nanti air tu tak bersih’

‘Nanti tak pasal-pasal masuk hospital’

Aksi individu itu boleh menyebabkan jangkitan penyakit bawaan air – KKM

Malah tindakan individu itu turut menarik perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meminta orang ramai untuk tidak melakukan perkara tersebut kerana bimbang boleh membawa penyakit seperti demam kepialu, keracunan makanan, taun dan banyak lagi.

KKM dalam masa sama turut meminta untuk menjaga kebersihan dan elakkan minum air atau makan makanan yang tercemar.

Recent Posts

  • Trending

“He’s Just A Small Boy With A Big Dream” – Video ‘Tribute’ Faisal Halim Dari Selangor FC Buat Ramai Sebak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal ketika…

26 mins ago
  • Trending

Ramai Puji Tindakan 4 Pemuda Sanggup Berbasahan Dalam Hujan Demi Majlis Ilmu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…

1 hour ago
  • Trending

Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.

1 hour ago
  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

4 hours ago