fbpx
Now Reading
Dakwa Kekasih Ada Skandal Dengan VIP, Pablo Tampil Mohon Maaf [Video]
Pablo Amirul mohon maaf

Dakwa Kekasih Ada Skandal Dengan VIP, Pablo Tampil Mohon Maaf [Video]

Menurut pelakon aksi, Pablo Amirul dia memohon maaf kepada syarikat penerbangan tersebut dan mengakui terlalu mengikutkan perasaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang video tular di media sosial berkenaan seorang pelakon aksi, Pablo Amirul yang mendakwa bahawa bekas kekasihnya mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik.

Malah lebih mengejutkan dia turut mendakwa wanita yang juga seorang juruterbang itu dibela oleh individu tersebut.

Baca artikel berkaitan: Pablo Mengamuk, Dakwa Ahli Politik Berskandal Dengan Ex GF & Ikut Ajaran Sesat [Video]

Pelakon aksi tampil mohon maaf mahu bersihkan nama bekas kekasih

Susulan dari tularnya video tersebut, Pablo bagaimanapun telah tampil memohon maaf dan mahu membersihkan nama bekas kekasihnya itu.

Permohonan maaf itu dikongsikannya menerusi satu video yang di muat naik di Instagram.

Mohon maaf pada syarikat penerbangan lepas buat dakwaan kepada pekerja

Menerusi video tersebut, Pablo turut memohon maaf kepada syarikat penerbangan itu atas dakwaan yang dilemparkan kepada juruterbang syarikat berkenaan.

“Saya buat kesilapan, saya tidak sepatutnya menuduh juruterbang anda sebegitu. Saya ada masalah peribadi.

“Pablo merayu dan minta maaf sekali lagi kepada syarikat itu malah dia (bekas kekasih) adalah seorang juruterbang yang hebat,” katanya dalam video itu.

Terlalu ikut perasaan minta orang ramai jangan menghukum

Jelas pelakon itu dia terlalu mengikut perasaan dan meminta agar orang ramai untuk tidak menghukum dan menyifatkan kita semua bukan tuhan.

Kata pelakon Polis Evo itu juga tiada sesiapa yang memintanya untuk memohon maaf.

“Allah tolong Pablo dan saya hanya mahu membersihkan nama Fa**n N****la je. Dia tak pernah hisap dadah. Saya orang yang menuduh dia. Jadi kepada syarikat penerbangan tersebut ia adalah satu kerugian untuk membuang dia (bekas kekasih) kerana dia seorang juruterbang yang bagus.

“Dia buat silap, semua orang buat silap kerana kita hanyalah manusia malah dia juga mempunyai rekod penerbangan yang bagus.

“Hanya nak bagitahu anda semua syarikat penerbangan tersebut tidak meminta saya memohon maaf, Pablo sendiri yang nak kerana saya tak nak jadi gila jadi tak betul,” ujarnya.

Dia dalam masa sama turut menyatakan bahawa dia mahu meminta ampun kepada Allah SWT kerana dia bukanlah seorang yang sempurna.

Akan bertanggungjawab terhadap perkara yang telah didedahkannya

Dalam video tersebut, Pablo memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dia akan bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan menerima segala akibatnya.

“Pablo bersyukur sangat sebab ramai yang masih sayangkan saya, ramai yang doakan yang baik-baik.

“Ramai yang minta saya lepaskan segala-galanya terutama ibu saya, jadi saya akan lepaskan segalanya sekarang jadi ini adalah permohonan maaf saya,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.