“Ma Sakit Ma” – Luluh Hati Ibu Anak Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pengasuh [Video]

Kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia, bahkan sehingga kini kes tersebut masih lagi berlaku.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Penceramah Bebas Ditahan Lakukan Kes Amang Seksual Fizikal Pada Budak 5 Tahun

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Imam Surau Di Melaka Didakwa Bogel Depan Kanak-Kanak & Remaja Perempuan

Terbaharu, semalam (22 Disember) usahawan dan pempengaruh di media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi cerita mengenai penderitaan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di pusat asuhan.

Terima mesej berbentuk video dari salah seorang tenaga kerja perniagaanya

Menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya, Hafiz berkata dia menerima mesej berbentuk video menerusi WhatsApp daripada salah seorang tenaga kerja perniagaannya

@hafizmahamad

Bila dpt whatsapp video anak ni, menangis saya & isteri. Ya Allah, kenapa ada yg sanggup buat mcmni

♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From “Rab Ne Bana Di Jodi”) – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni

“Bila dapat whatsapp video anak ni, menangis saya & isteri. Ya Allah, kenapa ada yang sanggup buat macam ni,” tulisnya di kapsyen.

Kanak-kanak beritahu kelakuan guru terbabit kepadanya

Berdasarkan video tersebut, kendengaran jelas perbualan di antara kakitangannya itu yang juga seorang ibu tunggal bersama anaknya yang memberitahu tentang kelakuan tidak senonoh guru lelaki terbabit kepada dirinya.

“Anak ini masih kecil lagi, ibu dia hantar ke pengasuh sebab dia ‘single mom’ yang bekerja. Tapi sanggup ada manusia yang buat mcm ni.”

Sejurus menerima video tersebut, Hafiz bersama isterinya bergegas ke hospital untuk melawat kanak-kanak terbabit dan bertanya kepada ibunya mengenai kejadian itu.

Kemaluan rasa sakit bila balik daripada pengasuh

“Sebenarnya dia dah pernah cakap sebelum ni, dekat dia punya kemaluan sakit. Balik daripada pengasuh tu,” kata ibu tunggal itu.

Pada awalnya, ibu tunggal terbabit tidak menjangkakan apa-apa dan hanya menyangkakan ianya terjadi disebabkan lampin pakai buang yang dipakai anaknya.

Namun, segalanya terbongkar apabila kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa kemaluannya dipegang oleh gurunya.

Kanak-kanak terbabit jadi takut berhadapan dengan seorang guru lelaki

“Mula dari itu baru saya perasan bila hantar dia pergi sekolah, kalau yang teacher yang lelaki tu yang sambut dia tak nak pergi sekolah, dia tak nak masuk pun.

“Yang baru-baru ni, dia cakap punggung dia sakit, macam saya pegang pun dia tak bagi. Dia cakap tu ma sakit ma sakit ma.

“Saya dah macam teringat baliklah kan pasal yang tu, tiga hari ni perasan rasa macam dia banyak termenung,” kata ibu tunggal itu lagi.

Laporan polis sudah dibuat

Difahamkan, Hafiz Mahamad telah pun membuat laporan polis berkenaan kes gangguan seksual tersebut.

Untuk info, penderaan seksual kanak-kanak adalah aktiviti seksual yang dilakukan oleh individu dewasa dalam pelbagai bentuk seperti memaksa, memujuk, mengugut atau menggunakan tipu helah terhadap kanak-kanak untuk memuaskan nafsu mereka yang tidak terkawal.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

22 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

23 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

23 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago