Siap Acu Pisau, Wanita Berjubah Cuba Samun Kedai Emas Diburu Polis [Video]

Seorang wanita berjubah hitam jadi buruan polis selepas cuba menyamun kedai emas di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, pada Rabu lalu (21 Disember).

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang melibatkan seorang suspek wanita berusia lingkungan 30-40an.

Menurut Christopher, suspek terbabit berpakaian jubah hitam dan memakai pelitup muka dikatakan ke kedai emas yang terletak di tingkat bawah pasar raya tersebut dengan berpura-pura mahu membeli barangan kemas.

Suspek bertindak mengeluarkan sebilah pisau

“Suspek dikatakan ke premis itu untuk membeli emas dan tiba-tiba dia bertindak mengeluarkan sebilah pisau dari beg galas lalu mengacukan kepada pekerja yang sedang melayannya.

“Suspek mengarahkan pekerja kedai terbabit yang berusia 16 tahun untuk memasukkan barangan kemas itu ke dalam begnya,” katanya.

Menurutnya, rakan pekerja terbabit yang menyedari kejadian itu kemudian berlari/bergegas ke arah remaja itu dan menariknya ke belakang.

Suspek melarikan diri, pekerja lelaki cuba mencari tetapi gagal menemui

“Suspek kemudian bertindak melarikan diri dan pekerja lelaki premis terbabit yang cuba mencari wanita terbabit gagal menemuinya,” katanya.

Jelas Christopher, siasatan yang dijalankan mendapati pekerja terbabit tidak mengalami kecederaan selain tiada kerugian dilaporkan.

Polis giat buru suspek wanita

“Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan selain polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjejaknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak menggunakan senjata,” katanya lagi.

Video Facebook

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

11 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

13 hours ago