Sebut sahaja tentang umrah dan haji sudah tentu setiap di antara kita menyimpan hasrat yang tinggi untuk mengerjakan ibadah itu apabila berkemampuan kelak.
Malah demi mencapai impian tersebut bermacam-macam cara sanggup dilakukan agar diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke lima itu.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Siti Nur yang merupakan seorang pengusaha sebuah stesen minyak di Pendang, Kedah memaparkan saat indah seorang pekerjanya yang menerima hadiah dari majikan.
Menerusi video tersebut, Siti memaklumkan bahawa pekerja yang dikenali sebagai Yusuf itu telah berkhidmat di stesen minyak berkenaan selama 27 tahun.
Oleh itu, sebagai tanda penghargaan atas kesetiaannya bersama stesen minyak tersebut dia kemudian dihadiahkan pakej untuk menunaikan umrah pada tahun 2023.
Selain Yusuf, rakan sekerjanya yang lain turut diberikan penghargaan seperti menerima bonus bulanan, pekerja terbaik bulanan dan banyak lagi.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Siti turut memaklumkan bahawa Encik Yusuf turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang telah mengisi minyak di stesen tersebut kerana ia adalah salah satu asbab dia diberikan peluang untuk mengerjakan umrah.
“Encik Yusuf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mingisi minyak di Petronas Pendang kerana asbab itu lah beliau berpeluang ke Baitullah,” kata Siti dalam videonya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang gembira dan sebak dengan perkara itu selain turut mendoakan agar perniagaan stesen minyak berkenaan sentiasa berkembang maju.
Baca artikel berkaitan:
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…