Isu Pemain Bola Tampar Kena Penampar, Ahli Pasukan Mohon Henti Hina Coach ‘Gemuk & Botak’

Sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan video tular memperlihatkan jurulatih pasukan bola tampar Melaka bawah 14 tahun (B-14) menampar pemainnya.

Insiden yang berlaku pada 16 Disember lalu bukan sahaja menjadi bualan hangat pengguna media sosial, malah turut mendapatpberhatian beberapa menteri kabinet antaranya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyifatkan perbuatan itu adalah salah.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) kemudiannya memaklumkan sudah menggantung jurulatih tersebut selain menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu.

Namun semalam (2 Disember) EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Melaka, VP Shanmugam memaklumkan hal berkenaan sudah pun selesai apabila jurulatih berkenaan sudah memohon maaf sejurus perlawanan selesai.

Malah jurulatih tersebut, Cikgu Hadee yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Melaka juga sudah menemui kedua-dua ibu bapa pemain berkenaan bagi memohon maaf di atas insiden itu serta menjelaskan perkara yang sebenarnya terjadi.

Kenyataan beliau dikuatkan apabila bapa seorang pemain yang ditampar iaitu Abd. Halim Bakar turut meluahkan hasrat mahu Cikgu Hadee dikekalkan sebagai jurulatih pasukan.

Menurut Abd. Halim, tindakan Cikgu Hadee yang sudah lima tahun mengenali ahli keluarganya bukanlah dengan niat untuk mencederakan, sebaliknya ‘tamparan’ itu adalah untuk meningkatkan semangat anaknya agar dapat beraksi dengan lebih baik.

Baca artikel berkaitan: Kes Pelatih Tampar Pelajar: Bapa Pelajar Harap Cikgu Dikekalkan Kerana Ia Adalah Tamparan Semangat

Kata-kata ini bagaimanapun tidak meredakan kemarahan pengguna media sosial yang tidak mahu budaya sebegini dinormalisasikan.

Lebih buruk lagi apabila ada yang mula menyerang peribadi dan bentuk fizikal guru tersebut hingga menggelarkannya dengan gelaran botak dan gemuk.

Pelajar minta henti panggil jurulatih bola tampar dengan panggilan ‘botak’ dan ‘gemuk’

Terbaharu, sekumpulan pelajar dipercayai pemain-pemain pasukan bola tampar itu menyeru orang ramai agar berhenti mengelar jurulatih mereka dengan panggilan tersebut.

Menerusi satu bebenang di akaun Twitter Malacca Volleyball Club, pengendali akaun berkenaan memaklumkan isu di antara jurulatih dan barisan pelajar yang bermain untuk pasukan bawah 14 dan 16 tahun negeri tersebut sudah lama selesai.

Malah mereka menegaskan bahawa Cikgu Hadee adalah individu yang telah melatih mereka hingga pasukan berkenaan berjaya mencipta sejarah tersendiri.

“Untuk pengetahuan semua, isu ini telah lama selesai. Tiada perasaan sakit hati daripada para pemain dan juga ibu bapa kami. Kami mohon agar hentikan segala statement berkaitan coach kami.

“Beliau bukan gemuk dan botak yang anda boleh hina. Beliau jurulatih yang melatih kami daripada hatinya yang ikhlas sehingga kami berjaya mencipta satu sejarah baru untuk negeri Melaka. Sebagai anak murid beliau (kami) juga berasa kecewa atas perbuatannya, tetapi satu kesalahan takkan menutup segala kebaikan yang telah beliau lakukan.”

Tambah akaun itu lagi, pengguna media sosial yang lain hanyalah orang luar justeru mereka tidak memahami apa yang berlaku di dalam pasukan itu.

“Perbuatannya mungkin salah, tapi itu untuk mendidik kami supaya kami menjadi pemain yang lebih baik di dalam gelanggang,” ciap pengendali akaun itu lagi.

Perkara sama turut dikongsikan Mastanah VC di laman Instagram.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang bersetuju dengan pandangan berkenaan dan juga yang merasakan itu bukan alasan untuk mengasari seseorang.

Menerusi semakan kami, kedua-dua akaun itu adalah milik pasukan tersebut berpandukan foto-foto terdahulu yang dikongsikan mereka.

Namun kami tidak dapat memastikan sama ada posting tersebut dilakukan oleh pemain-pemain itu sendiri atau ianya ditulis oleh orang lain.

Recent Posts

  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

16 seconds ago
  • News
  • Trending

‘Bukannya RM1,500’- UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,102 Sebulan

Kadar itu ditetapkan setelah mengambil kira faktor seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis…

12 mins ago
  • Trending

“He’s Just A Small Boy With A Big Dream” – Video ‘Tribute’ Faisal Halim Dari Selangor FC Buat Ramai Sebak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal ketika…

2 hours ago
  • Trending

Ramai Puji Tindakan 4 Pemuda Sanggup Berbasahan Dalam Hujan Demi Majlis Ilmu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…

2 hours ago
  • Trending

Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.

2 hours ago
  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

5 hours ago