Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa rakaman memaparkan gedung perniagaan, Wisma Jakel di Shah Alam terbakar.
Selang beberapa hari, bangunan Jakel terbakar lagi dan ia melibatkan bilik simpanan langsir pula. Situasi ini menyebabkan timbul pelbagai spekulasi oleh orang ramai hingga ada yang mendakwa perbuatan itu disengajakan kerana ingin menuntut insurans.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wisma Jakel Shah Alam Terbakar Lagi
Susulan itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal.
Menurut Mohamed Feroz, dakwaan itu langsung tidak munasabah memandangkan cawangan gedung tekstil di Shah Alam itu adalah yang kedua paling maju, lapor Utusan Malaysia.
“Dalam keadaan sekarang, dengan jualan akhir tahun, kedai pun penuh dan bisnes pun maju, takkanlah kita hendak buat kerja-kerja kotor,” katanya.
Menurutnya lagi, jumlah tuntutan insurans belum tentu berpadanan dengan jumlah jualan Jakel, lebih-lebih lagi pada akhir tahun dan musim perayaan.
“Tuntutan insurans bukan sebulan, enam bulan pun belum tentu dapat, itu satu. Kehilangan peluang lagi, orang hendak berniaga boleh untung, sekarang raya sudah dekat.
“Apabila raya, berapa banyak jualan Jakel, berapa juta ringgit? Berapa sangat nilai perlindungan insurans? Jadi, tak logik. Tak masuk akal sebab Jakel maju, bukan syarikat yang bermasalah. Lagi pun Shah Alam adalah cawangan nombor dua paling maju, pertama di Jakel Mall (di Kuala Lumpur),” katanya lagi.
Terdahulu, Jakel dilaporkan kerugian hampir RM100 juta berikutan kemusnahan blok bangunan lima tingkat dan tiga tingkat Wisma Jakel akibat kebakaran.
Difahamkan juga, cawangan tersebut mampu mengutip jumlah jualan mencecah RM300 juta setahun.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…