Tular Video Serang & Hancurkan Honda Civic, Polis Tahan 6 Lelaki Di Sarawak [Video]

Sejak semalam (9 September) tular di media sosial klip-klip video memperlihatkan sekumpulan lelaki menyerang dan menghancurkan sebuah Honda Civic di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Miri, Sarawak.

Menerusi video-video tular tersebut, seorang dari mereka yang tidak berbaju dan bertatu dilihat memecahkan cermin depan sebuah Honda Civic berwarna putih itu menggunakan kayu besbol.

Bahkan dia turut menggunakan senjata sama untuk menghancurkan beberapa lagi bahagian kereta terbabit termasuk cermin belakang dan bumbung kereta.

Selain lelaki itu, seorang lelaki dipercayai rakannya turut dilihat menendang bahagian badan dan cermin kereta tersebut sambil disaksikan oleh orang awam yang tidak berbuat apa-apa.

Malah kelihatan cermin sisi (side mirror) kenderaan tersebut juga sudah terkulai dipercayai dirosakkan oleh kumpulan lelaki acah-acah samseng itu.

Di dalam video berasingan, dapat dilihat adanya pertengkaran di antara individu terlibat dengan dua wanita yang berada di kawasan tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan adakah mereka mangsa atau merupakan kenalan kepada kumpulan lelaki itu.

Polis berkas 6 lelaki selepas terima laporan pada Ahad, jam 11 pagi

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan insiden berlaku di tempat letak kereta  Bintang Megamall.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Anak Chabu, pihaknya menerima laporan berhubung insiden pada Ahad, 8 Januari sekitar jam 11 pagi.

“Sehubungan itu, kesemua suspek yang merupakan rakyat tempatan berbangsa Cina dalam lingkungan umur 19 hingga 34 tahun ditahan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Kes disiasat di bawah mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” kata beliau lagi.

Beliau dalam masa sama turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil ke Balai Polis Miri Pusat bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sub Inspektor Ramping Jimbai di talian 085- 433222.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

22 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

24 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago