“Terbaik Anak Malaysia!” – Gadis Hijab Jadi Kepala Singa Untuk Lion Dance Undang Perhatian Ramai [Video]

Malaysia sememangnya antara negara yang kaya dengan pelbagai jenis perayaan kerana negara ini diduduki oleh berbilang bangsa, budaya dan agama.

Seperti dalam bulan ini, rakyat Malaysia bakal menyambut Tahun Baru Cina, oleh itu pasti sudah banyak promosi sempena perayaan tersebut yang sudah mula dilakukan.

Tidak hanya itu, tarian singa yang begitu sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina terutamanya di negara-negara Asia juga sudah diadakan.

Gadis bertudung buat tarian singa

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang gadis bertudung menjadi ‘kepala singa’ ketika membuat persembahan tarian singa (lion dance) dalam satu majlis.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @ahpeng2830, kelihatan kostum singa berwarna putih itu melakukan tarian sambil diiringi dengan musik yang sedang dimainkan.

Kehebatan seni tarian yang ditunjukkan berjaya memukau penonton

Pada video sama, terlihat juga kehebatan seni tarian singa yang dipersembahkan sehingga berjaya memukau para penonton yang melihatnya.

Apa yang mengejutkan, selepas tamat persembahan ternyata individu berbakat yang berada di sebalik kostum singa itu adalah dua remaja perempuan di mana salah satunya memakai tudung.

Jelas di dalam video tersebut, gadis berhijab itu beraksi sebagai kepala singa.

Ramai yang zahirkan rasa bangga dan terharu melihat keharmonian negara

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berbangga dan terharu melihat keharmonian negara ini walaupun mempunyai pelbagai bangsa.

Tidak hanya itu, mereka turut mengatakan penglibatan remaja itu sebagai penari tarian singa juga sedikit sebanyak dapat dijadikan contoh terbaik dalam mengekalkan kemakmuran negara.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago