Kes Penderaan Adik Bella: Kesemua 10 Peguam Siti Bainun Tarik Diri

Hari ini (16 Januari) sepatutnya berlangsung prosiding bela diri membabitkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang berdepan tuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Namun siapa sangka, timbul insiden yang mengejutkan orang ramai apabila barisan peguam yang mewakili Siti Bainun dilaporkan menarik diri dari kes berkenaan.

Tindakan tersebut menyebabkan prosiding tergendala hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes ke esok hari (17 Januari) agar Siti Bainun dapat melantik peguam baru.

Perkara itu disahkan sendiri oleh oleh Peguam Pemerhati Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat menerusi satu hantaran di Facebook.

“Mahkamah menangguhkan kes ke esok hari untuk Siti Bainun melantik peguam baru dan menentukan status 2 lagi peguam sedia ada yang masih ada dalam rekod mahkamah tetapi tidak hadir pada hari ini,” tulis beliau.

Tambahnya keputusan kesemua peguam Siti Bainun tersebut menarik diri turut mencetuskan kemarahan Hakim.

Perkara sama turut diakui salah seorang peguam bela, Siti Asiah Abd Jalil yang memaklumkan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana terpaksa menguruskan satu lagi kes yang menurutnya terlebih dahulu sudah ditetapkan tarikhnya.

“Hadir untuk bicara penuh kes jenayah. Tarikh bicara untuk kes ini telah ditetapkan sejak 3 Oktober 2022. Manakala tarikh bicara kes Bainun baru saja ditetapkan pada 10 Disember 2022.Maka saya perlu utamakan kes yang lebih dahulu.”

Peguam, Asiah Abd Jalil

Malah dia dalam satu hantaran balas turut mengakui kesemua 10 peguam bela Siti Bainun turut menarik diri atas urusan komitmen.

“Semua peguambela terpaksa menarik diri dari kes Bainun. Permohonan kami agar tarikh bicara kes Bainun ditetapkan tanpa pertindihan dengan kes lain tidak dibenarkan. Kami tiada pilihan Anak guam kami bukan Bainun seorang.”

Baca artikel berkaitan:

TLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial. Beberapa Pihak Bongkar Segalanya

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago