Pelancong Asing Dapat Layanan Istimewa, Shah Rezza Mohon Penjelasan ‘Malaysia Airports’

Rakyat Malaysia sememangnya memberi layanan yang terbaik kepada pelacong luar negara kerana ingin menjaga imej negara serta terus mengekalkan prinsip sebuah negara yang tinggi dengan adab dan saling menghormati.

Bagaimanapun, layanan istimewa yang keterlaluan kepada pelancong asing sehingga mengetepikan rakyat sendiri pasti menyebabkan segelintir warganegara berasa kecil hati dan terasa seperti diasingkan.

Utamakan pelancong asing daripada rakyat Malaysia

Begitulah yang terjadi di sebuah lapangan terbang apabila staf yang bertugas memberi layanan istimewa kepada pelancong asing sehingga mengetepikan warganegara sendiri.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh pelakon senior terkenal, Datuk Seri Raja Shah Rezza menerusi satu hantaran di laman Instagram (IG) miliknya.

Kecewa dengan layanan seperti double standard pihak KLIA

Shah Rezza meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan yang diberikan oleh pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang didakwa seperti ‘double standard’.

Menurutnya yang berkongsi cerita, situasi tersebut berlaku ketika orang ramai sedang beratur panjang di hadapan kaunter check-in.

“Malam ini, di Row K KLIA, saya sedang beratur di kaunter Economy. Apabila kaunter Business Class kosong, pelancong asing yang berada di depan saya telah diminta untuk check in di sana.

“Saya dibiarkan beratur lama, walaupun kaunter kedua kelas Business untuk check in kosong. Apabila saya dapat check in, saya tengok pegawai wanita itu meminta dua pelancong asing di belakang saya untuk bergegas check in di kaunter Business,” tulisnya di kapsyen.

Hanya pelancong asing diminta ke kaunter Business, warganegara tidak dipanggil

Ujarnya lagi, setelah dua orang pelancong asing selesai mendaftar masuk, staf terbabit memanggil dua lagi pelancong asing untuk ke kaunter yang sama.

Beliau berasa seperti warga tempatan dipinggirkan, apabila mendakwa setelah kaunter Business kosong, staf terbabit tidak memanggil seorang pun rakyat Malaysia untuk pergi ke sana bagi urusan check-in.

Elak salah faham, Shah Rezza mohon ‘Malaysia Airports’ beri penjelasan

Tambah Shah Rezza, perkara itu kemudian dibangkitkannya namun pekerja di sana tidak dapat memberikan jawapan yang ‘profesional’.

Sehubungan itu Shah Rezza meminta pihak Lapangan Terbang Malaysia untuk menjelaskan isu terbabit bagi mengelak berlakunya salah faham di kalangan rakyat tempatan.

Berdasarkan pemantauan kami, setakat artikel ini ditulis, pihak Lapangan Terbang Malaysia tidak memberi sebarang penjelasan lagi dan semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

2 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

2 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

2 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

3 hours ago