“Tuduhan Perlu Dibuktikan” – Ismail Sabri Tidak Setuju Beberapa Pemimpin UMNO Dipecat & Digantung

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan terdapat kecacatan dalam proses pemecatan dan penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO seperti Khairy Jamaluddin (KJ), Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Shahril Hamdan dan lain-lain.

Ahli Parlimen Bera itu menerusi satu hantaran di Instagram berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan ‘hukuman’ tersebut memandangkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Malah Ismail yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan alasan pemecatan dan penggantungan yang dilakukan tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri.

“Dalam isu ini, tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka.

“Tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut. Jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan.”

Jawatankuasa disiplin tidak pernah nasihat gantung dan pecat pemimpin

Tambah Ismail lagi,  jika jawatankuasa disiplin mendapati mereka yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO sebelum ianya dibincangkan dan dibentangkan kepada Majlis Kerja Tertingg (MKT). Semua proses ini bagaimanapun tidak dilaksanakan.

“Saya dimaklumkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan Presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.

“Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.”

Tegas beliau lagi, Sebagai sebuah parti yang bertamadun, UMNO seharusnya dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan.

Terdahulu mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung semalam menyaksikan pemecatan seramai 42 orang ahli dan pemimpin UMNO dari beberapa bahagian di seluruh negara.

Selain itu, 4 pemimpin turut digantung keahliannya selama enam tahun termasuklah Hishammuddin dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Hamdan.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

46 mins ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

3 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

4 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

5 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

5 hours ago