“Macam Nak Sekolah Balik” – Facebook KPM Dihujani Komen Selepas Tular Foto Guru Cantik Di Sarawak

Baru-baru ini, laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuat naik beberapa hantaran mengenai lawatan kerja Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ke Sarawak.

Lawatan kerja selama tiga hari itu difahamkan atas beberapa tujuan selain menyelesaikan beberapa perkara antaranya isu kekurangan guru di Sarawak selain masalah sekolah yang daif di seluruh negeri itu.

Menerusi salah satu hantaran, KPM telah berkongsi foto-foto sewaktu kunjungan Ahli Parlimen Nibong Tebal itu ke dua buah sekolah di Miri iaitu SK Sungai Liam dan SK Lepong Ajai yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid.

Namun siapa sangka di antara kesemua gambar yang dikongsikan, sekeping foto yang memperlihatkan seorang guru muda bersama anak-anak muridnya telah mencuri perhatian orang ramai khususnya kaum lelaki.

Kecantikan guru tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Elyonie Livan menyebabkan hantaran berkenaan bukan sahaja mendapat lebih 8,000 tanda suka – jauh melebihi jumlah pada hantaran utama, bahkan ia turut meraih ribuan komen dan perkongsian dari pengguna Facebook khususnya kaum lelaki.

Ramai dilihat berseloroh mahu kembali bersekolah, dan ada juga golongan bapa yang mahu memindahkan anak mereka ke sekolah itu. Malah ada segelintir yang bergurau mahu menukar profesion menjadi seorang guru.

Tidak terkecuali apabila foto tersebut turut menerima komen dari pengendali beberapa laman Facebook seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); Polis Kedah; penulis sukan, Axello Riise; cikgu terkenal di Sarawak, Jarod Yong; dan laman Troll, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.

Cikgu terkejut fotonya viral

Menerusi semakan kami di laman Facebook Elyonie, beliau turut meluahkan rasa terkejut selepas dimaklumkan oleh rakan cikgu bahawa fotonya tular di Facebook.

Beliau dalam masa sama turut berterima kasih kepada KPM dan Menteri Pendidikan kerana sudi turun melawat sekolahnya.

“Terkejut tadi pagi dengar cikgu-cikgu bercerita saya masuk Facebook. Rupanya.. Terima kasih kepada KPM & barisan YB kerana telah melawat ke sekolah kami.”

Difahamkan cikgu Elyonie Livan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Kuching

Beliau baru sahaja bergraduasi pada Oktober 2022 dan dipercayai memulakan latihan industrinya sebagai guru pelatih pada awal tahun yang sama.

Foto: Elyonie Livan

Berikut antara komen menarik yang diberikan pengguna media sosial:

Bila mesyuarat PIBG ye

Nak komen takut bini tekan like pula

Tiba-tiba yang tua bersemangat nak sekolah balik

Jaga anak murid dulu cikgu, nanti jaga anak kita

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago