Pada zaman ini, tidak hanya selebriti sahaja yang akan dipandang atau dikenali ramai, malah pempengaruh (influencer) media sosial juga meraih populariti yang sama.
Hal ini menyebabkan sesetengah pempengaruh mula merasakan mereka kini seperti seorang selebriti terkenal serta berharap akan mendapat layanan yang istimewa.
Bagaimanapun, memegang status sebagai seorang influencer atau founder produk yang mempunyai banyak wang bukanlah alasan untuk tidak merendah diri serta belajar untuk menghormati dan memahami tanggungjawab orang lain.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang influencer meluahkan kekecewaannya kerana staf di sebuah pasar raya tidak membantu membawa barang-barang yang telah dibelinya.
Menerusi perkongsian video di akaun Twitter @si_shorty, klip berdurasi 45 saat itu dirakam daripada ‘TikTok’ Live pempengaruh yang juga usahawa wanita produk makanan di Pulau Pinang itu.
Berdasarkan video tersebut, influencer terbabit membandingkan layanan yang diberikan kepada pelanggan di kedainya dengan layanan daripada staf pasar raya berkenaan.
“Aku yang kedai kecik ni pun boleh katakan customer beli belambak (banyak) aku hargai depa aku angkat turun di bawah dan letak di kereta depa.
Jelasnya lagi, barangan yang dibeli olehnya pada waktu itu bernilai RM5 ribu namun harus mengangkat dan menolaknya sendiri masuk ke dalam kereta tanpa dibantu oleh pekerja pasar raya berkenaan.
“Kita pi Lot*s’s beli barang dua tiga ribu, haritu beli lima ribu sendiri tolak masuk. Punya berlagak staf dia aku memang geram.
Luahan wanita itu bagaimanapun memakan diri apabila rata-rata pengguna media sosial menyelar kenyataan yang diberikannya.
Jelas mereka polisi syarikat pasar raya terbabit tidak menetapkan para pekerja untuk wajib bantu mengangkat barangan pelanggan tidak kira dalam kuantiti yang sedikit mahupun yang banyak.
Malah ada yang mencadangkan dia untuk membeli barang secara online (dalam talian) sahaja sekira mahu dilayan sebegitu rupa.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…