Gara-gara Pakai Baju Sama Macam Pesakit, Pak Guard Larang Gadis Ini Keluar Dari Wad [Video]

Benda apa yang boleh buat korang ‘turn-off’ bila keluar jalan-jalan?

Pasti akan ada yang memberi jawapan apabila terserempak dengan seseorang yang memakai baju yang sama kan, terutamanya golongan wanita.

Gadis melawat sepupu pakai baju sama macam pesakit

Namun lain pula dengan cerita yang satu ini apabila seorang gadis yang melawat sepupunya di sebuah hospital secara tidak sengaja telah memakai baju seakan sama corak dan warna dengan baju pesakit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @rajanurul123, wanita tersebut yang menerima rawatan di sebuah hospital telah dilawati oleh sepupunya.

Bagaimanapun, gadis terbabit memakai baju yang mempunyai corak jalur dan warna yang seakan sama dengan baju pesakit.

Pak guard tak bagi keluar sebab sangka pesakit

Lebih menghiburkan apabila pengawal keselamatan yang bertugas menjaga pada waktu itu tidak membenarkan gadis terbabit untuk keluar kerana menyangka dia adalah salah seorang pesakit.

“Punca kenapa kazen (sepupu) aku kena tahan dengan pak guard tak bagi keluar wad sebab baju dia sama dengan patient (pesakit).”

Pada video sama, kelihatan gadis tersebut bersama sepupunya itu hanya mampu menahan ketawa kerana tidak mahu membuat bising atau menganggu pesakit yang lain.

@rajanurul123

hahhaaa…adoii..kesian dia…merahhh mukeee🤣🤣

♬ Funny – Gold-Tiger

Ramai terhibur dan berkongsi pengalaman yang sama

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur dengan kejadian mencuit hati yang menimpa gadis tersebut.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dilalui oleh mereka dahulu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago