Lelaki Celik Teknologi Cipta Website Senarai Konten Khairul Aming Untuk Mudahkan Netizen Cari Resepi [Video]

Setiap kali tibanya bulan Ramadan pasti ramai yang sudah mula merancang untuk menentukan menu berbuka nanti.

Malah ia juga sangat berguna terumata kepada individu yang bekerja kerana perancangan yang awal dapat memudahkan mereka untuk menyediakan barangan masakan nanti.

Oleh itu, ramai di antara kita yang akan mula mencari antara resepi yang mudah untuk dimasak contohnya seperti menu masakan yang sering dikongsi oleh seorang influencer, Khairul Aming setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Namun adakalanya pasti ada ketika sedikit sukar untuk anda untuk mencari beberapa resepinya terutama jika menu tersebut dikongsikan pada beberapa tahun yang lalu.

Lelaki bina website kongsi resepi Khairul Aming untuk kemudahan ramai

Oleh itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Afrieirham telah membina laman sesawang khas buat orang ramai untuk merujuk resepi yang dikongsikan oleh Khairul Aming.

Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok, Afrieirham menyatakan laman sesawang yang dibinanya itu mengumpul setiap resepi selain turut menyatakan orang ramai boleh membuat carian yang spesifik seperti ayam, daging dan sebagainya.

“Jadi aku ada buat satu website (laman sesawang ni) aku kumpulkan segala jenis resepi Khairul Aming.

“Lepas tu aku ada buat satu “feature” untuk buat carian lah jadi korang boleh cari ayam, atau daging, nasi goreng, bubur dan sebagainya,” kata lelaki itu.

Dah lama buat website, baru diberi kesempatan untuk berkongsi

@afrieirham

aku buat website untuk search resepi @Khairulaming

♬ original sound – afrieirham – afrieirham

Katanya, dia turut meninggalkan link di bio akaun TikTok miliknya dan menyatakan dia sudah lama membina laman sesawang ini tetapi baru diberikan kesempatan untuk berkongsi.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk ‘tag’ Khairul Aming kerana ingin mengetahui responnya mengenai website tersebut.

Melihat di ruangan balas, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut dan menyatakan dia telah memudahkan kerja seluruh rakyat Malaysia.

Tidak kurang juga ada yang mendoakannya agar sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

“Semoga bantal abang sentiasa sejuk, hari abang sentiasa baik, rezeki mencurah-curah masuk, senang dapat parking”

“Macam ni memang mudahkan hidup aku”

“Terima kasih bang semoga senang dapat parking”

“Ya Allah, Aming dah lah mudahkan semua orang dengan resepi dia. Lepas tu kau buat website pula bagi kami senang cari..”

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago