Trend Tarik Kerusi Oleh Kanak-Kanak Undang Padah, Boleh Alami Kecederaan Serius Pada Tulang Belakang

Lumrah buat kanak-kanak untuk bergurau sesama mereka tidak kira di rumah mahupun di sekolah. Antara gurauan ‘kasar’ yang sering dilakukan adalah menarik kerusi ketika rakan hendak mereka hendak duduk membuatkan mereka terjatuh.

Namun tanpa disedari gurauan ini amat berbahaya kerana sekiranya tidak bernasib baik ia mungkin boleh menyebabkan seseorang mengalami kecacatan yang memudaratkan.

Doktor pesan ibu bapa untuk melarang anak dari bergurau menarik kerusi

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadam telah meminta ibu bapa untuk berpesan kepada anak-anak agar tidak melakukan gurauan seperti menarik kerusi kepada rakan-rakan.

Menurutnya, sepanjang berkhidmat sebagai doktor rehablitiasi, beliau telah menjumpai beberapa kes di mana kanak-kanak mengalami masalah lumpuh disebabkan gurauan menarik kerusi.

Malah apa yang lebih mengejutkan kebanyakan kes jatuh dari kerusi ini melibatkan kanak-kanak.

“Apabila kerusi ditarik, mangsa akan jatuh dalam keadaan terduduk. Ini boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang dan saraf tunjang. Ia boleh menyebabkan ketidakupayaan yang kritikal,” katanya.

4 gejala tulang belakang & saraf tunjang yang dialami pesakit

Kecederaan tulang belakang serta saraf tunjang boleh menyebabkan menyebabkan gejala-gejala seperti:

  • Kebas (hilang deria sentuhan atau rasa)
  • Kelumpuhan anggota
  • Kehilangan kawalan buang air kecil dan air besar
  • kesakitan neuropatik adalah disebabkan kerosakkan atau kepincangan sistem saraf.

Gejala-gejala yang disenaraikan ini turut menyebabkan pesakit:

  • Tidak boleh berjalan.
  • Terpaksa memakai lampin.
  • Perlu memakai tiub kencing
  • Bergantung pada ubat tahan sakit.
  • Malah pesakit juga berkemungkinan terlantar.

Sakit yang dialami boleh membawa sehingga seumur hidup

Walau bagaimanapun, gejala yang dialami oleh pesakit ini adakalanya bersifat sementara namun jika kurang bernasib baik ia boleh membawa kepada kekal.

“Semakin lama gejala ini berlaku, makan meningkat pula kebarangkalian berlaku komplikasi serius.

“Antara komplikasi serius yang boleh berlaku adalah: kekejangan (spasm) dan kekejungan (contracture) otot, otot menjadi kecil atau dipanggil muscle wasting, luka tekanan (pressure sore) serta lain-lain,” ujar Dr Kamarul.

Jelas Kamarul lagi, sekiranya pesakit mengalami kecederaan yang parah maka rawatan perlu dilakukan tetapi ia akan menyebabkan kos rawatan yang tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit dan mungkin memakan masa bertahun-tahun.

Lebih menyedihkan ada pesakit yang terpaksa menanggung ketidakupayaan atau mungkin kecacatan sehingga seumur hidup.

Oleh itu, gurauan seperti ini wajar untuk dielakkan dan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk didik dan melarang anak dari menarik kerusi rakan-rakan sebagai gurau mahupun sebaliknya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

9 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

10 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

10 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

10 hours ago