Bolehkah Umat Islam Ke Gereja & Rumah Ibadat Agama Lain? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Umum pasti mengetahui, Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang berbilang bangsa dan agama.

Malah kepelbagaian bangsa dan agama menyaksikan wujudnya perkahwinan campur, perpindahan agama ke Islam dan sebagainya.

Namun satu persoalan yang timbul adakah mereka yang beragama Islam termasuk golongan mualaf dibenarkan menziarahi rumah ibadat agama lain seperti gereja, kuil, tokong, Gurdwara dan sebagainya?

Sebagai contoh seorang mualaf yang perlu menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya yang masih lagi berpegang pada agama asal mereka.

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi satu kenyataan atau Irsyad Fatwa ke-248 tampil merungkaikan permasalahan tersebut.

Menurut Pejabat Mufti WP, asas hubungan antara seorang Muslim dan non-Muslim ialah toleransi, ihsan dan perdamaian.

Firman Allah SWT dalam al-Qur’an:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّالْمُقْسِطِينَ

Maksudnya“Allah tiada melarang kamu untuk berlaku baik dan berbuat adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusirmu dari negerimu”. 

(Surah Al-Mumtahanah: 8)

Secara ringkasnya, perbezaan agama tidak menghalang kita daripada berbuat baik sesama kaum kerabat atas dasar kekeluargaan atau kepada sesiapa sahaja atas dasar kemanusiaan.

Terdapat 3 pendapat iaitu Haram, Makruh dan Harus

Namun terdapat tiga pendapat oleh ulama berhubung hukum memasuki rumah ibadat agama lain iaitu :

#1 Haram

Antara yang berpandangan hukumnya ialah haram ialah Imam Syihabuddin ar-Ramli, Imam Ibn Hajar al-Haitami (Rujuk Nihayatul Muhtaj 2/63, Tuhfatul Muhtaj 2/424). Para ulama’ mazhab Syafi’e pula menyatakan pengharamannya ialah di atas ‘illah kewujudan patung-patung.

#2 Makruh

Segelintir ulama’ mazhab Hanafi berpandangan solat dalam gereja ialah makruh. Manakala Ibn Nujaim menukilkan fatwa daripada Ibn al-‘Alaa al-Ansari akan kemakruhan memasuki biara Yahudi dan gereja Nasrani kerana menurutnya “ia tempat perkumpulan syaitan”. Namun pandangan yang lebih tepat menurut Ibn Nujaim ialah hukumnya makruh tahrimi.

#3 Harus

Ibn Qudamah dan Al-Mardawi daripada mazhab Hanbali bagaimanapun berpendapat hukumnya adalah harus. Bahkan Ibn Qudamah turut meriwayatkan bahawa Hasan al-Basri, Umar Abdul Aziz, Sya’bi dan Al-Auza’ie juga berpegang pada pendapat ini.

Imam al-Bahuti dari mazhab Hanbali juga mengharuskan memasuki gereja dan biara yang tidak mempunyai patung. Perkara sama turut diriwayatkan Imam Khatib as-Syarbini yang mengharuskan memasuki gereja dan biara jika tiada patung di dalamnya.

Hukum Menghadiri Jemputan Walimah adalah Sunat

Menerusi irsyad fatwa sama yang memetik para ulama mazhab Syafi’e, hukum menghadiri jemputan walimah non-Muslim ialah sunat sekiranya jemputan itu datang daripada kaum keluarga dan jiran tetangga atau jika kehadiran kita akan memberi manfaat kepada dakwah Islam. 

Ini juga dipersetujui oleh Imam al-Mardawi dari mazhab Hanbali, yang turut menyebut akan keharusan menghadiri walimah non-Muslim dengan memetik pandangan Imam Ahmad dan Ibn Qudamah. (Rujuk Al-Insaf, 8/320)

Hukumnya Harus namun tidak dibenarkan jika sewaktu hari perayaan keagamaan

Kesimpulannya, hukum untuk seorang Muslim masuk ke dalam rumah ibadat agama lain ialah harus jika mempunyai tujuan yang diharuskan syarak, seperti untuk berdakwah, memenuhi jemputan berdialog antara agama dan sebagainya.

Namun umat Islam sama sekali tidak dibenarkan hadir ke rumah ibadat tersebut sewaktu hari perayaan keagamaan.

Tambah Pejabat Mufti Wilayah, seorang Muslim itu juga diharuskan untuk hadir ke majlis perkahwinan di gereja, bahkan disunatkan jika yang berkahwin itu adalah terdiri daripada keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, atau jika kehadiran kita itu mampu memberi sumbangan kepada dakwah Islam.

Alasan pentarjihan ini adalah berdasarkan kepada tsabitnya banyak riwayat daripada sahabat-sahabat Baginda Nabi SAW yang masuk dan bersolat di gereja.

Begitu juga dengan isi perjanjian antara Saidina ‘Umar al-Khattab dengan Ahlu Dzimmah pada zaman beliau yang antara lain menyatakan bahawa mereka tidak akan menghalang kaum Muslimin daripada memasuki gereja sama ada waktu siang atau malam. Ini juga antara dalil yang digunakan oleh Imam Ibn Qudamah dalam mengharuskan Muslim memasuki gereja.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

7 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

9 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

11 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

12 hours ago