View Chin Dakwa Sedang Dekatkan Diri Dengan Islam, Sedia Nikahi Mira [Video]

Usahawan dan influencer TikTok, View Chin mendakwa sudah bersedia untuk memeluk Islam dan bakal mengahwini pekerjanya, Amirah Aqilah atau lebih terkenal dengan panggilan Mira.

Dia dalam satu temu bual ekslusif bersama Kosmo berkata, dirinya ketika ini sedang dalam proses mendekatkan diri dengan agama Islam.

Selain itu dia juga sudah dalam perancangan untuk menikahi Mira yang juga influencer terkenal di TikTok dalam masa terdekat.

Mengakui trauma dengan isu membabitkan rumah tangganya selepas bekas isteri, Shermine Ah Moi memuat naik tangkap layar perbualan di antara dia dan Mira, View Chin bagaimanapun berjanji akan mengahwini Mira sebaik isu tersebut reda.

“Buat masa ini saya ingin uruskan masalah saya dengan Ah Moi (bekas isteri) dan apabila perkara ini sudah setel (selesai) dan kembali se­perti sedia kala, saya akan me­ngahwini Mira.

“Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu.

“Ya, memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu,” katanya dipetik dari Kosmo.

Sudah lama mahu kahwini Mira, dakwa isteri curang sejak 2020

Tambah usahawan itu lagi, dia sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menjadikan Mira sebagai isteri sebaik menge­tahui kecurangan Ah Moi pada tahun 2020.

Malah dia mendakwa, Mira bukan sekadar pekerja di syarikatnya sebaliknya influencer itu banyak mengetahui peribadinya termasuklah dalam hal membabitkan perniagaan seperti seorang teman rapat.

Malah dia menyifatkan Mira sebagai tempat meluahkan perasaan selain gadis itu memahami apa yang berlaku di dalam rumah tangganya.

“Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi, tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh menerima anak-anak saya.

“Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segalanya kepada Mira,” luahnya.

Hubungan sudah berakhir sejak Disember 2022

Dakwa View Chin lagi, rumah tangganya bersama Ah Moi sudah pun berakhir pada Disember tahun lalu.

Namun demi masa depan anak-anaknya selain reputasi Ah Moi, dia memilih untuk mendiamkan penceraiannya mereka. Bahkan menurutnya Ah Moi juga masih lagi bekerja di dalam syarikat miliknya.

“Ah Moi masih lagi ‘lady boss’ dan begitu juga Mira rakan kongsi saya di syarikat tersebut, namun kedudukan Ah Moi dalam syarikat akan saya tentukan selepas ini sekiranya dia mengambil sebarang tindakan termasuk undang-undang.

“Mira banyak uruskan syarikat bersama saya selama ini, dari uruskan ‘live’ di TikTok sehinggalah urusan marketing dan sebagainya.

“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuklah keluar­ganya yang turut terpalit,” katanya lagi.

Tambah View Chin, dia setakat ini tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Ah Moi, namun tidak akan teragak-agak berbuat demikian jika wanita itu terus mengugut atau menghalangnya daripada berjumpa anak-anaknya.

Perkara sama turut didedahkan View Chin dalam satu temu bual ekslusif bersama Utusan Malaysia pada pagi tadi.

Menerusi semakan kami di Facebook View Chin, dia secara terbuka juga sudah mengakui sudah berpisah sejak tahun lalu.

Terdahulu kisah cinta tiga segi View Chin, Ah Moi dan Mira hangat diperkatakan di media sosial selepas tular perbualan WhatsApp usahawan itu bersama gadis berkenaan.

Malah turut tular foto memperlihatkan seorang gadis dipercayai Mira mencium pipi View Chin. Dia kemudiannya membuat permohonan maaf dan meminta orang ramai agar memberikannya ruang untuk memberikan penjelasan.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

14 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

15 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

16 hours ago