Pelajar Luar Negara Buat Kejutan Pada Keluarga Selepas 4 Tahun Tak Balik Malaysia Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Berjauhan daripada keluarga demi mengejar cita-cita pasti bukannya sesuatu yang mudah, perasan sedih dan rindu itu sentiasa akan bermain di fikiran.

Malah ibu bapa juga akan merasakan perkara yang sama, bahkan perasaan rindu terhadap anak-anak yang berada jauh dari pandangan mat aitu lebih dalam lagi.

Pelajar luar negara buat kejutan pada keluarga selepas pulang ke Malaysia

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di India telah membuat kejutan kepada keluarganya apabila pulang ke tanah air tanpa pengetahuan mereka.

Pelajar wanita yang dikenali sebagai Aishah Budiman itu memuat naik perkongsian video terbabit menerusi akaun tiktok miliknya.

Buat kejutan lepas 4 tahun tak balik Malaysia

Menurut Aishah, kejutan kepada ahli keluarganya itu dibuat selepas empat tahun dia tidak pulang ke tanah air kerana pengajian.

“Empat tahun tak balik raya, ya Allah Alhamdulillah. Full vlog dekat YouTube saya.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ibu terkejut sampai merajuk

Namun dari reaksinya, jelas beliau sebenarnya terharu dan gembira dengan kepulangan anaknya walaupun menyebut perkataan, “taknak kawan”.

Pun begitu, Ibu Aishah seakan merajuk apabila enggan menyambut salam yang dihulurkan oleh anak perempuannya itu.

@aishahbudiman

4 tahun tak balik raya🥺 Ya Allah, alhamdulillah. Full vlog dekat youtube saya; Aishah Budiman. Jangan lupa tengok hehe #raya2023 #raya #surprise #family #ramadan #ramadhan

♬ Jikalau Kau Cinta – 𝘿𝙄𝙇🎧

Video terbabit raih pelbagai reaksi netizen

Video berdurasi 29 saat yang mendapat lebih 300 ribu tanda suka dan 6 juta jumlah tontonan itu ternyata meraih pelbagai reaksi netizen.

Segelintir pengguna media sosial berseloroh dengan mengatakan tindakan ibunya yang merajuk dan tidak menangis itu adalah melawan hukum kejutan.

Video penuh di YouTube:

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

5 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

7 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

7 hours ago