Tular Isu ‘Sound’ Pembaca Berita, Penerbit Nafi Hattan Tidak Tahu Siaran Langsung

Sejak beberapa hari lalu, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan penyanyi terkenal, Datuk Hattan menempelak seorang pembaca berita dalam satu temu bual secara langsung di stesen Televisyen swasta.

Menerusi video tersebut, pelantun lagu ‘Rendang Tidak Berbuah’ itu dihubungi untuk mendapatkan pendapat berhubung pemergian penyanyi vokalis kumpulan XPDC iaitu Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael yang meninggal dunia pada 28 April lalu.

Hattan dakwa tidak mengetahui temu bual adalah siaran langsung

Susulan tular video itu, rakan baik kepada penyanyi berkenaan iaitu Salimey Abu Bakar kemudian mendakwa bahawa Hattan, 58, tidak mengetahui temu bual terbabit disiarkan secara ‘Live’ di TV.

Perkara itu dimaklumkan Salimey ketika dihubungi oleh Kosmo, selepas merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan merasakan tidak mungkin penyanyi terkenal itu tidak tahu mengenai protokol ketika ditemu bual secara langsung oleh televisyen mahupun radio.

Penerbit nafi Hattan tidak tahu, maklum sudah diberikan keterangan sebelum ‘Live’ bermula

Terbaharu, penerbit eksekutif siaran atau program berita stesen televisyen terbabit, Ibrahim Sani menafikan dakwaan itu dan menyatakan pihaknya mempunyai bukti di mana Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabudin telah diberi keterangan sebelum siaran langsung bermula.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live).

“Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadap hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” tulisnya di Twitter lapor Kosmo.

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami di Twitter milik Ibrahim Sani ciapan tersebut sudah pun dipadamkan.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

7 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 hours ago