Polis Cekup Pasangan Kekasih Buat Video Lakukan Aksi ‘Wheelie’ Atas Jalan Raya Di Kuantan

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan aksi berbahaya sebuah motosikal apabila bertindak melakukan ‘Wheelie’ sambil membawa seorang wanita yang dipercayai kekasihnya di belakang.

Menerusi video tersebut, kelihatan aksi itu dilakukan oleh individu berkenaan dengan menggunakan sebuah motosikal berwarna putih.

Polis tahan pasangan kekasih lakukan aksi ‘Wheelie’ di jalan raya

Terbaharu, pihak polis telah bertindak menahan kedua-dua individu tersebut selepas video menunjukkan aksi berbahaya pasangan itu tular di Twitter.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan aksi berbahaya itu dilakukan oleh pasangan terbabit menggunakan motor jenis Honda Ex-5 di Jalan Chendor menghala ke Kemaman.

Tindakan suspek undang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain

Ujarnya, tindakan suspek itu boleh membahayakan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Bertindak atas maklumat dan semakan dilakukan menerusi sitem M-cops Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 11.30 pagi, 1 Mei sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuatan telah menahan pasangan itu di hadapan rumah kampung Balok, Kuantan.

“Suspek lelaki dan perempuan telah ditahan bersama sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 yang dipercayai digunakan semasa melakukan aksi tersebut.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat (IPD) Polis Kuantan untuk siasatan lanjut.”

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan juga didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Terdahulu, satu lagi pasangan suami isteri berusia 17 dan 16 tahun tahun di Kelantan turut ditahan polis selepas tular video mereka melakukan aksi ‘Wheelie’ sambil memakai baju Melayu dan baju kurung.

Tangkapan dilakukan setelah kedua-dua individu berkenaan tampil ke balai polis untuk menyerah diri selepas dua hari menghilangkan diri.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago