“I Taknak Putih Pun” – Dikutuk Hitam Macam Orang Kampung, Ini Jawapan ‘Tenang’ Liyana Jasmay [Video]

Menghina penampilan atau rupa paras seseorang bukanlah suatu budaya yang harus dinormalisasikan. sebaliknya ia harus dicegah supaya tidak semakin merebak terutamanya dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Pun begitu, masih ada segelintir individu yang kurang kesedaran sivik serta tidak mempunyai adab masih melakukan ‘body shaming’ atau ‘face shaming’ terhadap orang lain.

Tidak hanya orang awam, malah golongan artis juga tidak terkecuali daripada menerima hinaan berhubung rupa paras mahupun bentuk badan.

Liyana Jasmay dikutuk semakin hitam macam orang kampung

Seperti baru-baru ini, pelakon dan pengarah Liyana Jasmay dikutuk pengguna TikTok kerana kulitnya yang dikatakan semakin gelap tidak seperti selebriti lain.

“Artis lain makin lama makin putih cantik, Liyana Jasmay ni aku tengok makin lama makin hitam dah macam orang kampung dah,” kritik netizen tersebut.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok rasminya, Liyana Jasmay kelihatan tenang menjawab kritikan tersebut.

Liyana Jasmay tak kisah kena ‘face shaming’, risau kesan sampingan kalau putihkan kulit

Menurut Liyana, kulit aslinya adalah berwarna coklat kekuningan namun dia tidak kisah jika individu terbabit ingin menganggapnya berwarna hitam.

Jelas pelakon Papadom itu lagi, dia juga risau mengenai kesan sampingan jika mengambil suntikan atau sebarang ubat-ubatan untuk memutihkan kulit.

“Kulit saya sebenarnya coklat-coklat kuning, tapi kalau awak rasa itu hitam, okay jelah saya terima jelah. Sebab saya taknak putih pun, sebab saya takut kalau ‘inject’ putih nanti ada ‘side effect’,” kata liyana.

Menurutnya lagi, bergelar seorang artis atau selebriti tidak semestinya harus mempunyai kulit yang putih.

“Tak semestinya jadi artis kulit kena putih. Lainlah kalau kita dilahirkan memang kulit berwarna seperti itu. Tapi bila dilahirkan kulit seperti orang Melayu nak buat macam mana.

“Mungkin yang hitam untuk awak tapi putih di hati suami saya,” katanya lagi.

Isu ini turut tular di Twitter di mana rata-rata netizen dilihat menyebelahi Liyana Jasmay dan menyelar perbuatan individu berkenaan.

Netizen puji kecantikan semula jadi Liyana Jasmay

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan jawapan dan pandangan yang diberikan oleh Liyana Jasmay.

Tidak hanya itu, mereka turut memuji kecantikan semula jadi Liyana Jasmay walaupun tidak berkulit cerah.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

4 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

5 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

5 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

5 hours ago