Peniaga Kedai di Banting Nyaris Jadi Mangsa Pukau Dua Warga Asing [Video]

Merujuk kepada kamus dewan, pukau merupakan jampi serapah yang digunakan untuk memabukkan atau membuat orang tidur lelap.

Lazimnya, pukau akan menyebabkan seseorang itu tidak sedar, keliru dan hilang pertimbangan. Pukau tidak akan memudaratkan mangsa dengan penyakit tertentu namun, mangsa yang terkena pukau boleh kehilangan harta benda, kehormatan dan harga diri.

Cuba Perangkap Peniaga

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @rezqiyusufcowarehouse, suaminya yang mempunyai kedai di Banting, Selangor nyaris dipukau oleh dua orang individu dalam video tersebut.

Cubaan Pukau, Namun Gagal

Menurut wanita berkenaan, dua individu yang dipercayai berbangsa Arab itu telah datang ke kedai mereka pada Mac yang lalu bagi cubaan pukau, namun ianya gagal.

Mereka sekali lagi datang ke kedai wanita itu pada 5 Jun yang lepas bagi tujuan yang sama.

Menerusi video yang telah menerima lebih 300 ribu tontonan itu, kelihatan dua orang individu sedang cuba mengumpan suami wanita berkenaan dengan bertanya mengenai kemeja T yang dijualnya.

Sedar akan tindakan mereka, suaminya meminta mereka untuk melihat sendiri kemeja T berkenaan dan berlalu pergi ke bahagian belakang kedai.

Tinggalkan Kedai Selepas Sedar Ada Orang Lain

Kedua-dua individu itu tetap meminta suami wanita itu melayan mereka. Namun, menyedari terdapat orang lain pada masa yang sama, mereka terus berlalu keluar.

Menurut pemilik akaun Tik Tok itu, modus operandi kedua-dua individu berkenaan adalah sama di mana mereka akan berpura-pura bertanyakan tentang barang yang terdapat di kedai.

ā€œCubaan acah-acah tanya pasal t-shirt. Dulu acah-acah tanya pasal baju baby,ā€ tulisnya di video berkenaan.

Dakwa wanita itu lagi, kedua-dua individu berkenaan juga sudah tular di banyak lokasi di Malaysia dek kerana perbuatan pukau mereka itu.

ā€œHati-hati semua. Dua ekor ni dah viral keliling satu Malaysia buat kerja pukau ni. Jangan bagi orang dekat dan sentuh korang tau,ā€ tulisnya.

Menerusi ruang kapsyen, wanita itu turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kedua-dua individu terbabit.

ā€œHati-hati semua. Tak kena tangkap lagi dua ekor ni,ā€ tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram dengan apa yang dilakukan oleh kedua-dua individu itu.

Malah, ada di antara netizen yang turut berkongsi pengalaman dan tips bagi menghadapi cubaan pukau.

Foto: TikTok @rezqiyusufcowarehouse

Baca Artikel Berkaitan: ā€œMacam Kena Pukauā€ ā€“ Tomok Berang Dakwa Pekerja Di Kedai Minumannya Kena Scam Dengan PelangganĀ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nyaris Jadi Mangsa Pukau, Gadis Ini Serik Keluar Berseorangan Lagi

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

4 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Rideā€™ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

6 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

7 hours ago