Ibu Terkilan, Anak Balik Sekolah Menangis Dihina Rakan Kerana Miskin & Ada Adik Cacat [Video]
Difahamkan, pihak sekolah akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sikap segelintir pelajar sekolah yang suka mengejek atau menghina rakan yang lain bukanlah sesuatu yang baru, bahkan perkara tersebut masih berlaku sehingga ke hari ini.
Sesetengah pelajar yang menjadi mangsa penghinaan mungkin mampu menghadapi situasi itu dengan sabar, namun jika sudah keterlaluan hati mana yang mampu bertahan.
Kanak-kanak menangis selepas pulang dari sekolah kerana dihina rakan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak menangis selepas pulang dari sekolah kerana mendakwa dia dihina oleh rakannya di sekolah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @yusrinayusoff98, kelihatan murid perempuan itu sedang menangis teresak-esak sambil menceritakan kejadian yang berlaku di sekolah kepada ibunya.
Rakan buli secara mental, hina miskin dan ada adik cacat
Difahamkan, rakan-rakan di sekolah telah membuli kanak-kanak itu secara mental dengan menghinanya sebagai miskin serta mempunyai adik yang cacat.
“Hari ini kakak Haris balik menangis sebab kawan-kawan di sekolah hina adik dia cacat, kaki terkulai, orang susah dan bod*h.
“Ya Allah, kecil-kecil dah tak ada adab. Kesianlah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, wanita terbabit ingin mengambil tindakan dengan pergi ke sekolah anaknya untuk bertemu dengan guru disiplin dan menceritakan tentang hal tersebut agar tindakan sewajarnya boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengina kanak-kanak itu.
Pihak sekolah akan menyiasat perkara ini
Menerusi satu lagi perkongsian video di laman TikToknya, dia berkata pihak sekolah akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Tadi pagi ibu kakak Chenta sudah pergi berjumpa dengan pihak sekolah. Pihak sekolah akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam,”
“Kepada ibu bapa nasihatlah kepada anak supaya tidak melakukan perbuatan buli mental terhadap rakan-rakan sendiri,” tulisnya dalam video.
Netizen sebak dan doakan kanak-kanak tersebut kuat hadapi dugaan ini
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat tangisan kesedihan kanak-kanak itu kerana dihina rakannya di sekolah.
Malah netizen juga turut mendoakan agar murid perempuan itu terus kuat dan cekal menghadapi dugaan hidupnya.